Pas percaya ia mampu meraih sokongan pengundi Cina pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN) kali ini sekiranya ia dapat memberi kefahaman kepada rakyat negeri itu bahawa parti itu mahu melihat negeri itu maju dan sejahtera.
Justeru untuk bertanding di sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri yang majoriti masyarakatnya kaum Cina bukan satu masalah bagi calon Pas Dun N74 Pujut, Jofri Jaraiee.
“Kita bertanding di sini sememangnya berjuang untuk semua, oleh kerana majoriti Bumiputera adalah miskin itu yang jadi keutamaan.
"Walaupun ada masyarakat Cina, kita akan memperjuangkan nasib mereka juga, kita berjuang untuk semua bukan untuk orang Islam sahaja," kata Jofri ketika ditemui semasa membuat lawatan ke kampung-kampung yang didiami masyarakat Melayu Bumiputera di Miri pada hari ini.
Pada masa sama, beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Sarawak berkata, parti itu akan tetap menjaga kepentingan penduduk Bumiputera, terutama dalam isu membabitkan hak tanah.
Ini jelasnya kerana, masih ramai lagi penduduk Bumiputera tidak memiliki tanah, walaupun berasal dari kawasan berkenaan.
Jofri dalam lawatan berkenaan, turut berkesempatan mengunjungi rumah seorang pengidap kanser rahim tahap dua, Nancy Bili.
Nancy yang berusia 53 tahun itu dikesan mengalami kanser sejak beberapa bulan lalu dan kini mengharapkan bantuan untuk meneruskan kehidupan.
Proses pengundian bakal berlangsung 7 Mei ini.
Ridzal Abdullah
Thu Apr 28 2016
JOFRI: Kita bertanding di sini sememangnya berjuang untuk semua, oleh kerana majoriti Bumiputera adalah miskin itu yang jadi keutamaan. - Foto Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
GPS, beri kami peluang bertanding satu, dua kerusi - Pas Sarawak
Ruang dan peluang itu akan menzahirkan semangat kerjasama antara Pas yang merupakan komponen Perikatan Nasional manakala GPS menyokong PN.
Pilihanraya Sarawak: Pas yakin mampu tarik sokongan pengundi Cina
Untuk bertanding di sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri yang majoriti masyarakatnya kaum Cina bukan satu masalah bagi calon Pas Dun N74 Pujut, Jofri Jaraiee.
Pas Sarawak puji keputusan Adenan mansuh tol
Pas Sarawak memuji Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem atas usahanya memansuhkan kutipan tol di negeri ini bagi meringankan beban rakyat disebabkan peningkatan kos sara hidup.