KUALA LUMPUR : Pimpinan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP diingatkan agar tidak terlalu mencabar UMNO dengan tohmahan tidak berasas terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, UMNO mempunyai peranan membantu tertubuhnya Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah katanya, UMNO bersetuju untuk bersama dalam Kerajaan Perpaduan kerana semua parti mencapai persetujuan di atas satu titik persamaan iaitu menjaga kerukunan Perlembagaan yang menjunjung agama Islam sebagai Agama Persekutuan, bangsa Melayu sebagai teras kaum dan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak negara.
"Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy tidak sepatutnya keluarkan kenyataan-kenyataan berbaur hasutan dan fitnah kepada pimpinan parti yang bersama membentuk kerajaan.
"Jangan menjadi lidah pembangkang pula untuk meruntuhkan kepercayaan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan yang dibina atas persefahaman jitu pelbagai parti," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Ramasamy dilapor membayangkan Ahmad Zahid selaku Presiden UMNO sebagai beban bukan hanya kepada parti itu, tetapi juga buat PH dan Kerajaan Perpaduan berikutan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang.
Ramasamy turut percaya usaha UMNO untuk berubah juga akan melalui jalan sukar selagi imej korupsi yang melingkarinya tidak dibersihkan dan malangnya, Ahmad Zahid selaku teraju parti sendiri dilihat sebagai pemimpin paling terkesan dengan imej itu dalam UMNO.
Mengulas lanjut, Noor Hariri berkata, UMNO kekal dengan prinsip bahawa seseorang itu tidak didapati bersalah selagi belum dijatuhi hukuman.
Lebih-lebih lagi, katanya, semua tahu bahawa pendakwaan yang dibuat terhadap Presiden UMNO itu pada zaman Perdana Menteri ketujuh yang bermotifkan pendakwaan politik.
Justeru, beliau mengingatkan segelintir pimpinan PH yang lain agar muhasabah diri, kembali kepada realiti tidak termakan hasutan dan adu domba daripada pakatan pembangkang yang ingin meruntuhkan Kerajaan.
"Jadi janganlah Ramasamy seperti menembak kaki sendiri apabila membuat cercaan yang kurang cerdik dengan tarafnya sebagai pimpinan utama parti.
"Perkemaskan diri dan fikir bagaimana untuk meraih sokongan rakyat kembali kepada kerajaan Perpaduan ini yang mewakili segenap lapisan kaum di Malaysia," katanya.
Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ahmad Shabery Cheek menegur tindakan segelintir pemimpin PH yang suka menyerang sesama sendiri secara terbuka meskipun berada dalam satu Kerajaan.
Turut menyelar tindakan itu ialah Ahli MKT UMNO Datuk Mohd Puad Zarkashi yang mengingatkan Ramasamy mungkin ‘terlupa’ dirinya juga beban kepada DAP berikutan DAP Putrajaya pernah mendesak Ramasamy dikenakan tindakan disiplin pada 2019 kerana terus meniupkan sentimen perkauman.
Astro Awani
Fri Jan 20 2023
Noor Hariri berkata, UMNO mempunyai peranan membantu tertubuhnya Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Fail/Sinar Harian
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
"Pimpinan PH, DAP jangan terlalu cabar UMNO" - Noor Hariri
Pimpinan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP diingatkan agar tidak terlalu mencabar UMNO dengan tohmahan tidak berasas terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kenyataan Singapura maju kerana tiada UMNO gurauan kurang cerdik - Pemuda UMNO Kelantan
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata sindiran Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah itu satu pernyataan yang tiada asas, hanyalah modal retorik.
Pemuda UMNO sedia sebarang kemungkinan 22 Januari ini
Apa yang penting, usaha untuk sama-sama mengukuhkan hubungan antara kedua-dua parti itu dilaksanakan sebaik mungkin.
SPRM perlu siasat Ahli Parlimen PKR lompat parti - Pemuda UMNO Kelantan
Noor Hariri berkata, budaya lompat parti mencemarkan nama baik kerajaan seolah-olah boleh menerima sesiapa sahaja yang bermasalah.
Menteri syok sendiri rasa harga barang murah - Pemuda UMNO Kelantan
Datuk Seri Salahuddin Ayub seolah-olah tidak pernah meninjau sendiri harga di pasaran apabila memberitahu Program Bazar Peduli Rakyat mengurangkan harga keperluan asas sehingga 30 peratus.
Abdul Aziz akan pangku jawatan Ketua UMNO Bahagian Jeli
Pemuda UMNO Kelantan akan mengadakan siri jelajah ke seluruh pelusuk negeri bagi menjelaskan situasi semasa politik Kelantan kepada seluruh jentera akar umbi.
Rakyat akan terus tagih janji PH - Pemuda UMNO Kelantan
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, rakyat berhak menuntut janji tersebut selepas mereka memberi mandat kepada PH untuk menerajui tampuk pemerintahan negara.