Pindah anak pasangan kepada keluarga Islam diutamakan - Wisma Putra

Bernama
Januari 23, 2014 00:44 MYT
Kementerian Luar menegaskan ia akan terus berusaha membantu kes tahanan reman pasangan Malaysia oleh pihak berkuasa Sweden.
Wisma Putra dalam satu kenyataan lewat malam ini berkata keutamaan segera ketika ini ialah memindahkan penjagaan empat orang anak pasangan itu dari keluarga angkat tempatan kepada keluarga Islam Malaysia.
Ia menyatakan Jabatan Perkhidmatan Masyarakat Sweden telah memberi kerjasama penuh setakat ini dan menganggapnya sebagai kes khas.
"Ia telah mula mpenenemuramah beberapa keluarga Malaysia yang kini tinggal di Sweden sebagaimana diminta oleh kementerian untuk kesesuaian diberikan penjagaan itu," tambahnya.
Kenyataan itu menambah Kedutaan Malaysia di Stockholm akan menemui Jabatan Perkhidmatan Masyarakat pada 24 Jan untuk perbincangan selanjutnya berhubung isu berkenaan.
##SwedenLetThemGo #anak/children #Azizul Raheem Awalludin #Malaysia #Shalwati Nurshal #Sweden #Wisma Putra