PKP 2.0: Perkhidmatan rel, bas Prasarana beroperasi seperti biasa

Umavathi Ramayah
Januari 12, 2021 12:35 MYT
Samua perkhidmatan rel transit dan bas kendalian Prasarana beroperasi seperti biasa ketika PKP. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Semua perkhidmatan rel transit dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan beroperasi seperti biasa dari pukul 6 pagi hingga tengah malam ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa bermula Rabu.
Prasarana dalam satu kenyataan berkata, ini termasuk perkhidmatan rel dan bas Rapid KL di Kuala Lumpur dan Selangor; Rapid Penang di Pulau Pinang; Rapid Kamunting di Taiping, Perak dan Rapid Kuantan di Pahang.
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel pula beroperasi seperti jadual sedia ada dengan masa menunggu antara 2.8 hingga tujuh minit bergantung kepada pada waktu puncaknya.
"Penumpang diingatkan agar sentiasa patuh pada arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengamalkan kelaziman baharu ketika menggunakan pengangkutan awam.
"Orang ramai disaran mendapatkan maklumat terkini daripada media sosial kendalian Prasarana," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Para pengguna Rapid KL katanya, digalakkan menggunakan aplikasi kesihatan Pulse untuk mendapatkan maklumat-maklumat mengenai perkhidmatan rel dan bas. Aplikasi ini boleh dimuat-turun di Google Play dan Apple Store.
#MRT #LRT #perintah kawalan pergerakan #PKP #prasarana #bas #rel #COVID-19 #pengangkutan awam #Rapid KL #Rapid Penang #rapid kamunting