Aktiviti ziarah-menziarah pada musim perayaan termasuk Hari Raya Aidilfitri hanya dibenarkan pada hari pertama sahaja dan hanya terhad kepada ahli keluarga terdekat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan perkara tersebut dengan had maksimum 20 orang pada hari tersebut.
Ismail Sabri berkata perayaan tersebut merangkumi Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan juga Hari Gawai.
“Jumlah 20 orang itu perlu ambil kira berdasarkan saiz rumah.
“Katakan flat tersebut berukuran 600 persegi. Jika terdapat 20 orang (tetamu) pada satu-satu masa mungkin terlalu ramai dan penjarakkan sosial tidak boleh dilakukan.
“Mungkin setiap kali hanya benarkan lima orang (tetamu) dan boleh dilakukan selama empat kali tetapi maksimumnya tetap 20 orang satu hari,” kata Ismail Sabri pada sidang media di Putrajaya pada Rabu.
Tegasnya, penganjuran rumah terbuka Aidilfitri juga tidak dibenarkan sama sekali.
“Dalam Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), rumah terbuka adalah terlarang. Rumah terbuka adalah tidak dibenarkan.
“Sebagai contoh di Bahrain, sebuah keluarga mengadakan majlis berbuka puasa dan ia dihadiri 16 orang ahli keluarga.
“Akhirnya, 16 sekeluarga tersebut didapati positif COVID-19,” ujarnya.
Tatkala kunjung-mengunjung pada hari raya, orang ramai juga dinasihatkan supaya mempraktikkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti mengamalkan penjarakan sosial dan kerap membasuh tangan dan menyediakan cecair pembasmi kuman.
Isabelle Leong
Wed May 13 2020
Ismail Sabri berkata perayaan tersebut merangkumi Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan juga Hari Gawai. - Gambar hiasan
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
TPM Zahid 'ngabang' Gawai di Kuching, Kapit
Pagi ini, Ahmad Zahid dijadual mengadakan pertemuan dengan Abang Johari di kediamannya di Petra Jaya sebelum berangkat ke Sibu.
Tragedi menjelang Gawai: Jasad remaja mangsa bot karam ditemui
Operasi mencari dan menyelamat pada Khamis telah membawa kepada penemuan jasad remaja malang tersebut.
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Gawai
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Gawai kepada semua yang meraikan perayaan itu.
Usaha beri kefahaman kepelbagaian budaya perlu terus didukung - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu usaha memberi kefahaman terhadap kepelbagaian budaya dalam negara terus dilaksanakan dalam menjelmakan rasa cinta dan kasih sayang serta memperkukuhkan kerukunan antara m
Rumah panjang terbakar: 76 penghuni terjejas menjelang Gawai
Nicholas Belulin berkata akibat kejadian tersebut juga kesemua persiapan akhir penghuni rumah panjang 15 pintu itu untuk menyambut Gawai turut terkesan.
Kawalan harga: Kerajaan laksanakan SHMMP2023 sempena Pesta Kaamatan, Hari Gawai
Kerajaan akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2023 melibatkan lapan barangan bagi tempoh 27 Mei hingga 2 Jun.
17,708 tiket penerbangan sehala ke Sabah, Sarawak ditawar pada harga maksimum RM300 - Loke
Sebanyak 17,708 tiket penerbangan sehala dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak dijual pada harga maksimum RM300 sempena Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
Tetapkan harga tiket penerbangan musim perayaan Sabah, Sarawak berasaskan CSR - Ahmad Zahid
Syarikat penerbangan wajar menetapkan harga tiket penerbangan musim perayaan Sabah dan Sarawak berdasarkan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan bukan permintaan dan penawaran semata-mata.
PM ucap selamat menyambut Hari Gawai
Perdana Menteri merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Gawai yang akan disambut esok kepada ahli Keluarga Malaysia kaum Dayak di Sarawak.
MASwings tambah jumlah penerbangan sempena sambutan Hari Gawai
Syarikat penerbangan MASwings akan menambah satu penerbangan setiap hari melibatkan perjalanan Kuching-Miri dan Kuching-Limbang berkuat kuasa dari 27 Mei hingga 7 Jun depan.