SEDAR tak sedar, sudah hampir dua bulan rakyat Malaysia tabah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) walaupun dalam keadaan 'keterpaksaan'.
Arahan kerajaan sejak 18 Mac lepas dalam usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19 dalam negara itu bukan sahaja mengubah rutin harian semua pihak, malah buat kali pertama, kebiasaan sambutan Hari Raya turut bertukar sepenuhnya apabila budaya balik kampung mahupun jamuan rumah terbuka terpaksa dilupakan tahun ini.
Ia apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan tempoh PKPB dilanjutkan, selama empat minggu lagi sehingga 9 Jun depan, sekali gus menyaksikan pergerakan rentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri tidak dibenarkan.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan PKPB bermula 4 hingga 12 Mei bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka secara terkawal dan berhati-hati.
Bagi anak-anak yang berada di perantauan, raya kali ini mungkin agak hiba kerana tidak dapat mencium tangan ayah bonda di pagi raya, apatah lagi merasa juadah istimewa yang disediakan di pagi raya memandangkan perjalanan rentas negeri tidak dibenarkan dalam tempoh itu.
Seperti kata Perdana Menteri, mungkin agak sayu, lebih-lebih lagi apabila berkumandang lagu 'Dendang Perantau' di corong radio, namun kita harus terus berhati-hati kerana wabak COVID-19 ini adalah musuh senyap yang boleh menyerang pada bila-bila masa.
Tetapi tak bermakna kita tidak boleh ziarah-menziarahi, cumanya ia dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama.
Seperti kebiasaannya semasa menyampaikan perutusan, Perdana Menteri tetap tidak lekang memberi peringatan agar rakyat tidak alpa dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh PKPB bagi memastikan pelaksanaan perintah itu memenuhi matlamatnya.
Kerajaan sememangnya diakui cakna membendung wabak COVID-19, dan kajian oleh sebuah agensi penyelidikan berpengkalan di Singapura menunjukkan bahawa Malaysia menduduki tempat keempat daripada senarai 105 negara dari segi tahap kepuasan hati rakyat terhadap usaha dilakukan kerajaan menangani COVID-19.
Mungkinkah juga akan ada sinar harapan untuk umat Islam mendirikan solat Jumaat, tarawih dan solat lima waktu serta solat sunat Aidilfitri di masjid selepas ini, susulan permintaan Muhyiddin agar rakyat memberikan sedikit lagi masa kepada pihak berkuasa agama Islam untuk memperhalusi SOP yang berkaitan.
Apa yang pasti, selepas SOP itu dimuktamadkan, ia akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama Islam Persekutuan dan negeri-negeri untuk diperkenankan sebelum kerajaan mengumumkan kebenaran untuk solat berjemaah.
Malah isu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) juga mendapat perhatian kerajaan pimpinan Muhyiddin setelah ada dalam kalangan warganet meluahkan rasa kecewa kerana rayuan bantuan kerajaan ditolak atas alasan tidak munasabah.
Lalu Muhyiddin mengumumkan lanjutan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei ini.
Hari ini hari ke-55 pelaksanaan PKP dan hari ke-lapan PKPB. Keluk pandemik semakin berjaya diratakan, kawasan hijau bertambah, dan peningkatan kes pulih COVID-19 juga memberangsangkan.
Setakat semalam, seramai 96 pesakit dibenarkan keluar hospital, menjadikan keseluruhan kes pulih sebanyak 5,025 kes iaitu 75.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif iaitu 6,656 kes.
Hari ini juga masuk hari ke-18 umat Islam berpuasa dan pastinya semakin ramai orang sudah keluar berkumpul dan, membeli-belah dengan senang hati, maklumlah raya dah dekat.
Namun semua perlu akur bahawa peperangan melawan COVID-19 belum selesai, dengan satu persatu kluster COVID-19 muncul, yang terbaharu dikesan adalah kluster melibatkan sebuah pusat beli-belah di Cheras di sini, kluster di Pedas dan kluster tapak pembinaan di Setia Alam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 11 2020
Kerajaan sedang memperhalusi SOP mengenai pelaksanaan aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat terawih. Gambar fail/ Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
'Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu
Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu dia mungkin akan pulang ke pantai timur hanya untuk berjumpa bapanya
Rumah pusaka hilang seri, Aidilfitri sepi tanpa Khalid Ali
Suasana menjadi sedikit janggal tanpa watak penghibur yang sentiasa menghiasi kemeriahan Aidilfitri keluarga besar mereka.