KUALA LUMPUR:Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi Sekatan Jalan Raya (SJR) susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang memasuki hari kedua hari ini di daerah Sentul mencapai tahap 95 peratus.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, hasil operasi di beberapa lokasi SJR mendapati, hampir kesemua pengguna jalan raya patuh kepada arahan ditetapkan termasuk hanya dua individu dalam sesebuah kenderaan.
Bagaimanapun menurut beliau, pihak yang didapati tidak patuh SOP adalah membabitkan kenderaan syarikat seperti van dan lori.
“Hasil pemerhatian saya sepanjang operasi hari ini mendapati pencapaian SOP agak memuaskan dan ada pihak yang tidak patuh kepada SOP terutamanya kenderaan perindustrian yang ada lebih daripada dua orang.
"Jadi saya harap majikan perlu menasihati pekerja masing-masing untuk patuh kepada SOP yang ditetapkan sebelum tindakan dikenakan," katanya ketika menghadiri operasi SJR di Jalan Sentul Pasar, di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Shanmugamoorthy berkata, tahap pematuhan SOP di kedai makan dan pasar turut berada pada tahap tinggi.
“Saya percaya rakyat juga tidak mahu peristiwa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu berulang sehingga mereka terpaksa duduk di rumah.
"Jadi untuk PKPB ini, mereka sudah faham tentang SOP serta mengambil pendekatan untuk kurang keluar dari rumah," katanya.
Beliau menambah, lebih 100 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditugaskan di beberapa lokasi tumpuan sekitar daerah itu.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin mengumumkan PKPB di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya dilaksanakan bermula 12.01 tengah malam 14 Oktober lalu.
Fauzi Suhaimi
Thu Oct 15 2020
Shanmugamoorthy (kiri) memeriksa salah seorang penunggang motosikal dalam operasi SJR di Jalan Sentul Pasar, Kuala Lumpur. - Gambar fail Astro AWANI/Fauzi Suhaimi
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Dua remaja 15 tahun antara lapan ditahan sertai parti persendirian
Dua remaja perempuan antara lapan individu yang ditahan polis kerana menyertai parti persendirian di sebuah unit soho di sebuah kondominium dekat Shah Alam awal pagi tadi.
Susulan kes Neelofa, Menteri Besar Negeri Sembilan, Selangor bincang soal 'jual beli' Nilai 3
Netizen berseloroh mendakwa tiada kesalahan rentas negeri direkodkan ke atas Neelofa dan PU Riz kerana Nilai 3 di bawah jajahan negeri Selangor.
Neelofa, PU Riz tidak dikenakan tuduhan rentas negeri - Pejabat Peguam Negara
Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap pasangan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhamad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.
COVID-19: Labuan laksana PKPB, SOP Aidilfitri diperketatkan
Pelaksanaan PKPB itu akan menggunapakai SOP PKPB dan sektor sosial dengan beberapa pindaan.
'Sehingga ada arahan baharu, saya andaikan Sabah masih berstatus PKPB' - Masidi
Sehingga ada arahan baharu, Sabah diandaikan masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Konsep kutipan makanan tanpa sentuh di R&R sepanjang Lebuh Raya PLUS
PLUS menawarkan kemudahan dan kutipan tanpa sentuh menerusi fungsi Pre-Order PLUS melalui Aplikasi PLUS yang menawarkan menu pilihan kepada pelanggan di 21 R&R terpilih.
Johor benarkan operasi bazar Ramadan, Aidilfitri di tiga daerah PKP
Kerajaan Johor membenarkan operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di tiga daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok.
Polis panggil Neelofa, PU Riz isu tular rentas negeri beli karpet di Nilai 3
Selebreti Neelofa terus mencetuskan kontroversi di media sosial apabila sekali lagi dia didakwa 'merentas negeri' ke Pusat Perniagaan Nilai 3 di Negeri Sembilan.
Mesej tular 'PKP seluruh Selangor' palsu
Kenyataan yang tular mendakwa kononnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh Selangor akan dilaksanakan sama ada 4 Mei atau 5 Mei 2021 adalah palsu.
Kelantan masih PKP, 5 negeri PKPB, 9 negeri PKPP - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kesemua 10 jajahan atau daerah di negeri Kelantan.