Seramai 4,148 keluarga yang tinggal dalam kawasan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Secara Pentadbiran di Amanjaya di sini, telah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak Sabtu lalu.
Pengarah JKM Kedah, Azmi Abdul Karim menjelaskan antara yang diagihkan dalam program fasa pertama itu adalah beberapa barang keperluan termasuk beras, minyak masak, gula dan kopi.
Tambah beliau, pihaknya mengambil masa selama empat hari bagi proses penyaluran bantuan berkenaan dalam memastikan keseluruhan keluarga yang tinggal di Zon Mawar, Melur dan Kenanga tidak tercicir.
Azmi turut menjelaskan bahawa proses itu turut mendapat bantuan beberapa agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM), Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) serta Jabatan Kerja Raya (JKR).
"JKM kini belum menerima sebarang arahan bagi penyaluran bantuan fasa seterusnya seperti yang dilaksanakan di empat mukim di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap sebelum ini," katanya di sini, hari ini.
Dalam pada itu, tinjauan wakil Astro AWANI Kedah di lokasi berkenaan mendapati beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut terlibat dalam proses penyaluran bantuan bekalan asas kepada penduduk.
Penyelia Yayasan Kebajikan Sultanah Bahiyah, Zahrol Tahar menjelaskan, inisiatif yang dilakukan pihaknya adalah untuk memastikan penduduk tidak tertekan dengan bekalan makanan atau bahan basah yang terhad pelaksanaan PKPD Secara Pentadbiran.
Abd Hadi Che Awang
Tue Sep 01 2020
Proses agihan bantuan turut mendapat bantuan beberapa agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM), Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) serta Jabatan Kerja Raya (JKR). -Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Lebih 24 jam padam kebakaran kebun sawit
Bomba terpaksa mengambil masa lebih 12 jam untuk kerja pemadaman api di kebun kelapa sawit seluas hampir empat hektar berhampiran Saujana Permai, dekat Sungai Petani.
Bunuh pemilik bengkel kereta, empat lelaki direman
Mangsa yang berusia 33 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, dada dan tangan.
PKPD Amanjaya: 4,148 keluarga terima bantuan fasa pertama JKM
Antara yang diagihkan dalam program fasa pertama itu adalah beberapa barang keperluan termasuk beras, minyak masak, gula dan kopi.