PKPP: 2,507 patuh SOP solat berjemaah dan Jumaat

Astro Awani
Julai 11, 2020 09:59 MYT
Sebelum ini, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri bersetuju secara dasar melonggarkan syarat mendirikan solat berjemaah dan Jumaat berasaskan kepada keluasan masjid di kawasan terbabit. - Gambar Astro AWANI
Keputusan kerajaan memberikan kelonggaran untuk menunaikan solat Jumaat kepada umat Islam di negara ini berjalan lancar setakat ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) solat Jumaat di 2,507 masjid seluruh negara, membabitkan 287,296 jemaah.
Hasil pemantauan pada Jumaat mendapati kesemua pusat ibadah itu mematuhi SOP yang ditetapkan, selain bilangan jemaah yang hadir adalah mengikut kapasiti masjid, jelas beliau.
Sebelum ini, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri bersetuju secara dasar melonggarkan syarat mendirikan solat berjemaah dan Jumaat berasaskan kepada keluasan masjid di kawasan terbabit.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB dilaksanakan bagi membendung penularan COVID-19, majoriti umat Islam tidak dapat menunaikan solat berjemaah dan Jumaat seperti biasa di surau atau masjid.
#Islam #PDRM #PKP #PKPP #polis #Solat Jumaat #SOP #Umat Islam