Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut Barisan Nasional (BN) bersama-sama untuk melaksanakan Agenda Pemulihan Demokrasi.
Tuntutan itu dibuat oleh presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menyampaikan ucaptama perasmian Kongres Nasional Keadilan Ke-9 di Dewan Sivik MBPJ, di sini hari ini.
"Kita akan terus menuntut agar kerajaan minoriti Barisan Nasional bersama-sama kita untuk melaksanakan Agenda Pemulihan Demokrasi melalui reformasi politik yakni reformasi pilihan raya dan reformasi Parlimen sebelum menawarkan rekonsiliasi," katanya.
Selain itu, beliau juga menegaskan PKR mencadangkan supaya ditubuh satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat projek pemberian kad pengenalan seperti di Sabah diperluaskan ke seluruh negara.
Beliau seterusnya berjanji bahawa Pakatan Rakyat akan terus komited mempertahankan rakyat daripada pelbagai kesusahan yang bakal diwujudkan dengan melaksanakan manifesto suara majoriti rakyat.
Dalam ucapannya juga Wan Azizah berkata Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menjadi saksi bahawa PKR menjadi parti arus perdana.
"KEADILAN telah menjadi satu-satunya parti yang memenangi kerusi di semua 14 negeri dan Wilayah Persekutuan sekaligus muncul sebagai parti arus perdana.
"Oleh yang demikian, komitmen kita kepada semua rakyat Malaysia bahawa KEADILAN adalah untuk semua rakyat akan tetap menjadi teras perjuangan kita," katanya lagi.
Untuk memastikan PKR terus mencapai kejayaan, Wan Azizah menasihatkan ahli dan pimpinan parti agar bermuhasabah diri supaya harapan tinggi rakyat tidak dikecewakan.
"KEADILAN mempunyai pengaruh nasional yang cukup hebat, namun perlu diseimbang dengan jentera yang mantap, berdisiplin dan kemas di peringkat akar umbi," katanya yang turut mencadangkan supaya usaha pemantapan jati diri anggota diperhebatkan.
Irwan Muhammad Zain
Sat May 25 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PKR ajak BN laksana Agenda Pemulihan Demokrasi
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut Barisan Nasional (BN) bersama-sama untuk melaksanakan Agenda Pemulihan Demokrasi.