Sejumlah anggota PKR di Pulau Pinang mendesak parti itu memberi penjelasan berhubung kekeliruan dan permasalahan yang timbul terutama berhubung e-undi pada Pemilihan PKR 2018 yang berlangsung di negeri ini pada Sabtu.
Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat Dr Afif Bahardin berkata tinjauan dan pemerhatian yang dibuat di cabang-cabang di seluruh negeri semalam mendapati anggota parti tidak berpuas hati dengan proses pengundian.
"Proses pemilihan buat pertama kali hari ini menggunakan sistem yang baharu dan apa yang kami nampak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR kurang bersedia untuk melaksanakan pemilihan, sebab itu timbul pelbagai masalah.
"Jadi kami desak supaya PKR terutama JPP PKR dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas permasalahan yang timbul dan memberi penjelasan kepada seluruh anggota apa yang berlaku," katanya pada sidang media di sini malam tadi.
Beliau berkata apa yang berlaku pada Sabtu terutama masalah nama calon serta senarai nama pengundi tiada dalam sistem e-undi adalah sangat mendukacitakan serta memalukan parti.
Dr Afif, yang bertanding calon Ketua AMK pusat, berkata pihaknya akan menghantar surat bantahan rasmi kepada JPP PKR bagi meminta keputusan pemilihan PKR 2018 di Pulau Pinang dibatalkan dan dibuat semula kerana banyak pihak terutama di kalangan calon tidak berpuas hati.
Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Ismail Yusop berkata dalam satu sidang media sebelum itu di tempat yang sama malam tadi, keputusan pengundian bagi pemilihan PKR di Pulau Pinang hari ini diterima tanpa perubahan sehingga terdapat bantahan secara bertulis daripada pihak yang tidak berpuas hati.
Katanya JPP akan meneliti semua bantahan itu dan mengadakan perbincangan di peringkat JPP dan kepimpinan PKR sebelum menentukan sama ada keputusan di Pulau Pinang akan dikekalkan atau sebaliknya.
BACA: Pemilihan PKR cabang Padang Serai kecoh
BACA: Pemilihan PKR: Empat lelaki ditahan di Sungai Petani
Terdahulu, berlaku kekecohan ketika barisan kepimpinan termasuk Pengerusi JPP PKR Datuk Rashid Din ingin meninggalkan dewan selepas sidang akhbar oleh Ismail di tempat yang sama.
Sekumpulan anggota PKR Pulau Pinang yang turut hadir pada sidang akhbar JPP PKR itu cuba merempuh barisan kepimpinan JPP menyebabkan berlaku kekecohan antara mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 22 2018
Dr Afif Bahardin menenangkan keadaan apabila berlaku kekecohan antara anggota PKR selepas sidang media berkaitan pemilihan parti di Pulau Pinang yang diadakan oleh pihak JPP PKR malam tadi. --fotoBERNAMA
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
PRN: Sokongan meningkat, PN Selangor yakin rampas Selangor
Perikatan Nasional (PN) Negeri Selangor yakin dapat menakluk negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
RN: PN Selangor adakan Konvensyen Pilihan Raya sejurus pembubaran DUN - Afif
Perikatan Nasional (PN) Negeri Selangor akan melancarkan Jentera Pilihan Raya PN Peringkat Negeri pada 24 Jun ini.
Pengurusan kes rayuan kes bekas ADUN cabar undang-undang lompat parti Pulau Pinang pada 5 Mei
5 Mei ditetapkan untuk pengurusan kes rayuan empat bekas ADUN Pulau Pinang yang gagal dalam saman mereka bagi mencabar kesahan usul yang diluluskan oleh DUN bagi mereka mengosongkan kerusi mereka.
Anwar PM ke-10: Pembentukan kabinet, Bajet 2023 jadi kayu ukur
Aspek tersebut akan menjadi cabaran kepada kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar terutamanya dalam menentukan hala tuju negara.
Empat ADUN masih boleh bertugas - Chow Kon Yeow
Selagi Mahkamah Tinggi (Pulau Pinang) tidak membuat keputusan, mereka masih boleh menjalankan tugas sebagai ADUN seperti biasa.
PKR arahkan Tian Chua letak jawatan lantikan politik
Arahan itu dikeluarkan menerusi sepucuk surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 29 Jun 2020.
Afif akui ada desakan lepas jawatan Exco Pulau Pinang
Keputusan melepaskan jawatan tersebut yang dipegang sejak tujuh tahun lalu diambil selepas perbincangan dengan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pada Rabu.
Dr Afif Bahardin letak jawatan Exco Pulau Pinang
Exco Pulau Pinang , Dr Afif Bahardin meletakkan jawatan sebagai Exco Pulau Pinang berkuatkuasa hari ini.
Dr Afif terima surat tunjuk sebab didakwa cetus rusuhan ketika kongres tahun lepas
Beliau hanya menerima surat itu petang Khamis, dan difahamkan beberapa lagi pimpinan AMK telah menerima surat yang sama, namun tidak mengetahui siapa yang telah menerima surat tersebut.
Kongres AMK kecoh, bekas pengerusi tetap dilarang masuk
Selain itu, pihak keselamatan turut cuba menghalang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dari memasuki kawasan berkenaan, menyebabkan berlakunya pertembungan.