Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah mengambil alih objektif utama penganjuran perhimpunan Bersih 4 apabila kebanyakan poster yang dibawa peserta tertera wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain tertera pada poster, peserta turut melaungkan "bebaskan Anwar" sekaligus terpesong daripada objektif utama penganjuran Bersih 4.
Sebuah poster gergasi yang tertera 'Tangkap Najib, Bebas Anwar, Selamatkan Malaysia' jelas menunjukkan ia bertentangan dengan tujuan asal perhimpunan itu.
Terdapat lima tuntutan untuk Bersih 4 iaitu pilihan raya bebas dan adil, sebuah kerajaan yang telus, hak untuk berdemonstrasi, mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen, dan menyelamatkan ekonomi negara.
Perhimpunan Bersih 4 bermula sejak pukul 10 pagi hari ini apabila peserta berkumpul di Dataran Maybank, Pasar Seni, kompleks membeli-belah Sogo KL dan beberapa lagi lokasi yang ditetapkan penganjur, Bersih 2.0.
Beberapa jalan di ibu kota turut ditutup seperti di Jalan Tunku Abdul Rahman bermula dari Sogo KL, Jalan Raja, Jalan Raja Laut, Jalan Kinabalu menuju Dataran Merdeka dan Jalan Tun Perak.
Kesesakan turut dilaporkan di sekitar Kuala Lumpur.
Setakat ini tiada insiden atau kekecohan dilaporkan.
[LAPORAN LANGSUNG] Bersih 4: Perhimpunan kekal aman setakat ini
Bersih 4: Tiada tangkapan, keadaan terkawal - Ketua Polis KL
Astro Awani
Sat Aug 29 2015
Poster gergasi yang tertera 'Tangkap Najib, Bebas Anwar, Selamatkan Malaysia' kelihatan di perhimpunan Bersih 4 hari ini. - Astro AWANI
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.