Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap dengan pendiriannya untuk terus bekerjasama dan menyokong penyertaan PAS dalam gabungan parti pembangkang yang baharu, kata Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata, ia adalah pendirian rasmi PKR yang sentiasa terbuka untuk bekerjasama serta menerima mana-mana parti politik yang mahu melakukan perubahan di dalam negara dan bukannya pendirian peribadi beliau seperti yang disangka sesetengah pihak.
"Perkara ini telah dijelaskan oleh dua Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua pada Khamis bahawa ia adalah keputusan parti untuk terus kekal bekerjasama dengan PAS, PKR juga mahu PAS turut serta dalam pakatan pembangkang yang baharu.
"Malah ada kenyataan daripada pemimpin Parti Amanah Negara (parti politik yang sedang dalam proses didaftar) seperti Salahuddin Ayub dan Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu bahawa parti itu terbuka untuk berbincang bersama PAS bagi membentuk pakatan berkenaan," kata Menteri Besar Selangor itu kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan beberapa pemimpin DAP, antaranya setiausaha agungnya Lim Guan Eng dan Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh yang mahu beliau membuat keputusan sama ada memilih untuk bersama PAS atau DAP.
DAP berpendirian untuk tidak bekerjasama dengan PAS serta tidak mahu parti Islam itu dalam pakatan pembangkang yang baharu.
DAP sebelum ini mengumumkan tidak lagi akan bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan keputusan parti itu untuk melaksanakan hudud di Kelantan.
Berikutan itu, PAS dalam muktamar tahunannya pada Jun lepas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP sambil terus kekal dalam gabungan pembangkang, keputusan yang membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat.
Bernama
Thu Sep 10 2015
AZMIN: Ia adalah pendirian rasmi PKR yang sentiasa terbuka untuk bekerjasama serta menerima mana-mana parti politik yang mahu melakukan perubahan di dalam negara. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Azmin setuju debat dengan Rafizi dengan syarat
Rafizi terlebih dahulu perlu membuktikan telah berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.
Azmin beri bayangan tidak bertanding PRN
Mohamed Azmin secara peribadi berkata sudah tiba masa untuknya memberikan laluan kepada tokoh muda dalam Perikatan Nasional (PN).
'Kerusi panas' PRU15: Kempen 'membara' iringi pertembungan nama besar di Gombak
Bagaimana setiap calon melaksanakan tanggungjawab dan hala tuju serta pengisian kempen bakal menentukan pemenangnya.
PRU15: Azmin yakin mampu pertahan Gombak
Ia susulan penerimaan penduduk Gombak terhadapnya selain hakikat dirinya sendiri adalah penduduk jati kawasan Parlimen itu.
Masa paling sesuai adakan PRU15 adalah sekurang-kurangnya enam bulan lagi - Azmin
Masa yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 adalah sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan lagi, ujar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin ucap takziah kepada keluarga Mustapha Kamal
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh korporat dan pengasas Emkay Group, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar yang meninggal dunia pagi Isnin.
PKR tidak akan kerjasama dengan Azmin
PKR tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Itu ketetapan yang dibuat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR selepas mesyuarat yang diadakan pada Isnin
Azmin, Rashid akan tinggalkan Bersatu? Ini penjelasan Muhyiddin...
Muhyiddin menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar dan beliau sering berbincang dengan Azmin mengenai masa depan Bersatu.
Menteri ekonomi ASEAN rangka rancangan kerja serantau
Sesi pemukiman tersebut akan turut meneruskan perbincangan dalam menetapkan keutamaan bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi serantau.
Malaysia muncul negara paling menarik di rantau Asia Tenggara untuk pelaburan asing
Ini didorong oleh kejayaan negara menarik lebih RM220 bilion pelaburan yang diluluskan pada 2021.