KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan jumlah trafik daripada 1.4 juta kepada 1.6 juta kenderaan, sepanjang perayaan Tahun Baharu Cina bermula hari ini hingga 6 Februari depan.
Sehubungan itu, PLUS mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi menguruskan peningkatan trafik yang mendadak, sekali gus sebagai rujukan dan panduan orang ramai dalam merancang perjalanan mereka.
Ketua Pegawai Operasinya Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, PLUS menggalakkan orang ramai merancang perjalanan berpandukan kepada TTA, bagi mengelakkan kemungkinan kesesakan di lebuh raya apabila kenderaan yang menuju ke pelbagai destinasi, terkumpul di satu-satu lokasi lebuh raya secara serentak.
"Orang ramai yang akan bergerak meninggalkan Lembah Klang untuk ke destinasi-destinasi di utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak, serta Johor di selatan disarankan supaya mula memasuki lebuh raya sebelum 10 pagi.
"Untuk ke destinasi-destinasi yang lebih hampir dengan Lembah Klang, orang ramai dinasihatkan supaya mula memasuki lebuh raya selepas jam 1 petang," katanya dalam kenyataan hari ini.
"Perancangan perjalanan yang teliti dan penyelenggaraan kenderaan perlu diberi keutamaan bagi meningkatan keselamatan, selain daripada pemakaian tali pinggang keledar keselamatan di tempat duduk hadapan dan belakang, serta kerusi keselamatan kanak-kanak," katanya.
Pasukan PLUSRonda sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan kepada pengguna lebuh raya dan boleh dihubungi menerusi talian PLUSLine 1800-88-0000 yang beroperasi 24 jam setiap hari, dengan secara keseluruhan 5,000 kakitangan dari ekosistem lebuh raya akan bertugas dan bersedia, untuk memastikan segala operasi dan perkhidmatan lancar.
Seramai 587 anggota Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) dari Polis Diraja Malaysia, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, St John Ambulance serta Persatuan Bulan Sabit Merah, akan diletakkan dalam keadaan bersedia 24 jam sehari bermula dari 24 Jan hingga 8 Feb depan.
Sebagai sokongan seramai 209 orang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia akan ditempatkan di Plaza tol dan kawasan rehat bagi membantu kelancaran trafik. Untuk maklumat trafik terkini sila rujuk platform media sosial PLUS melalui laman sesawang www.plus.com.my, Twitter PLUSTrafik, Applikasi PLUS atau hubungi PLUSLine di talian 1800-88-0000.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022
PLUS menggalakkan orang ramai merancang perjalanan berpandukan kepada TTA, bagi mengelakkan kemungkinan kesesakan di lebuh raya. - Gambar fail
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
Perlu isyhtihar jika bawa lebih S$20,000
: Semua pengembara yang memasuki atau meninggalkan Singapura membawa mata wang fizikal dan instrumen boleh niaga (CBNI) dengan nilai lebih 20 Ribu Dolar Singapura atau bersamaan dalam mata wang asing.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
G7 tekad, untuk redakan perang di Asia Barat, Ukraine-Rusia
Isu peperangan di Ukraine dan Asia Barat mendominasi mesyuarat Menteri Luar Kumpulan G7,terdiri daripada Amerika Syarikat, Itali, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Lari fokus, abai kesihatan antara masalah utama jemaah
Beberapa masalah jemaah haji Malaysia, antaranya terlalu tumpukan kepada ibadat sunat dan abai soal kesihatan dikumpul hasil pemerhatian bekas petugas Tabung Haji (TH) sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat. Namun, semua masalah ditangani secara bijak oleh petugas TH yang menggalas tanggungjawab.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek
Peguam keluarga mangsa meminta warga Singapura itu yang tidak dinamakan di hantar ke penjara dahulu sebelum perbicaraan.
Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini sehingga 5 Mei
TH anjur Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini di Masjid WIlayah Persekutuan sehingga 5 Mei ini, di mana ia merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus sebelum ini.
JPJ Terengganu terima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya
JPJ Terengganu menerima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Lebih 17,000 saman dikeluarkan kepada pemandu warga asing sepanjang Februari - JPJ
Sebanyak 17,762 saman dikeluarkan terhadap pemandu warga asing ketika pelaksanaan Ops Khas sempena Tahun Baharu Cina, sepanjang bulan ini.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Filem 'Money Not Enough 3' kaut RM13.86 juta penangan Tahun Baharu Cina
Money Not Enough 3 menampilkan gandingan tiga sahabat, Mark Lee, Henry Thia dan Jack Neo sendiri di samping penampilan Patricia Mok dan Xiang Yun.
Konsep mesra penjaja meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Melaka
Ab Rauf berkata sambutan CNY malam tadi merupakan manifestasi kepada nilai kesepaduan dan kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.
14 pemandu bas gagal ujian air kencing Op Khas musim perayaan
JPJ mengesan 14 pemandu bas terlibat dalam penggunaan bahan terlarang pada Op Khas Kenderaan Awam bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.
JPJ keluar 781 notis kepada warga asing dalam Op Khas
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 781 notis saman atas pelbagai kesalahan terhadap warga asing di seluruh negara sepanjang 20 hari Op Khas Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 peringkat negeri di Dataran Warisan Taiping di sini hari ini.
Kadar tambang bas ekspres eksekutif, ekonomi ikut jadual tambang - APAD
Harga tiket bas berbeza mengikut jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang.