KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada Jumaat.

Perdana Menteri dalam kemas kini di laman Facebook berkata, sesi sembah maklum itu berlangsung hampir sejam, bersempena lawatan kerja ke Johor Bahru.

Turut berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,

Pada sesi menghadap tersebut, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau memberikan penjelasan berhubung soal pembangunan negara dan Negeri Johor.

Ini adalah kali kedua Anwar menghadap Sultan Ibrahim dan kali pertama beliau ke Negeri Johor selepas mengangkat sumpah jawatan pada 24 November lalu.