BANGKOK: Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bangkok, Thailand untuk memulakan lawatan sulung beliau selaku Perdana Menteri.

Beliau yang tiba dengan pesawat khas pada jam 1 tengah hari (waktu tempatan) di Terminal Udara Tentera, Tentera Udara Diraja Thailand diiringi isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketibaan beliau disambut Timbalan Perdana Menteri, Don Pramudwinal yang mewakili Kerajaan Thailand.

Setibanya di bandaraya ini, Anwar dijadual bertemu dengan komuniti diaspora Malaysia di Thailand.

Beliau kemudian dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Jeneral Prayut Chan-o-cha pada jam 4.30 petang di pejabat Perdana Menteri di Rumah Kerajaan (Government House), di sini.

Turut mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan selama dua hari itu ialah Menter Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Kadir; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad,