KUALA LUMPUR: Projek Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek SAMA) mengulangi seruan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengiktiraf Kabinet Bayangan pembangkang seperti yang dilaksanakan di negara demokrasi berparlimen yang matang termasuk United Kingdom, Australia, Kanada dan New Zealand.
Menerusi kenyataan media, Projek SAMA berkata pengiktirafan Kabinet Bayangan selari dengan gagasan Madani iaitu memupuk hormat; keyakinan; menunjukkan daya cipta; serta menginsentifkan kesejahteraan.
Justeru, pihaknya mencadangkan empat perkara bagi pengiktirafan Kabinet Bayangan, antaranya
menteri-menteri bayangan mengangkat sumpah sebagai pembangkang setia di bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
"Menteri-menteri bayangan diberi elaun bulanan RM5,000 (hampir sepertiga daripada gaji menteri, mencontohi Australia) tanpa pencen, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan segala imbuhan yang lain.
"Menteri-menteri bayangan diberi sumber untuk menggaji seorang penyelidik yang berkelulusan sesuai dengan portfolio mereka.
"Selain itu, menteri-menteri bayangan diberi akses yang bersesuaian kepada maklumat kerajaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Projek SAMA berkata, Perikatan Nasional (PN) diharap memanfatkan rombakan Kabinet Bayangan, yang dibuat gabungan itu baru-baru ini bagi menonjolkan kaliber dan kesediaan menjadi menteri pada masa akan datang.
"Projek SAMA yakin bahawa semua rakyat akan beruntung dan ekonomi bertambah baik sekiranya parti-parti kerajaan dan pembangkang dapat bersaing atas dasar dan penyelesaian untuk cabaran yang menduga Malaysia.
"(Ini lebih baik) daripada bertikam lidah dan berlawan sorak atas perang budaya fasal etnik, agama, bahasa serta istana," tambah Projek SAMA.
Terdahulu, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan lima barisan Ketua Portfolio baharu dalam Kabinet Bayangan bagi menyelaraskan pengurusan gabungan itu sebagai pembangkang di Parlimen dalam memperjuangkan nasib rakyat.
Antara lima portfolio baharu ialah Portfolio Ekonomi, Portfolio Digital, Portfolio Pengajian Tinggi, Portfolio Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam dan Portfolio Wilayah Persekutuan.
Hasimi Muhamad
Sat Feb 10 2024
Projek SAMA berkata pengiktirafan Kabinet Bayangan selari dengan gagasan Madani iaitu memupuk hormat; keyakinan; menunjukkan daya cipta; serta menginsentifkan kesejahteraan.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
PM diseru iktiraf Kabinet Bayangan, cadang empat perkara - Projek SAMA
Projek SAMA berkata pengiktirafan Kabinet Bayangan selari dengan gagasan Madani iaitu memupuk hormat; keyakinan; menunjukkan daya cipta; serta menginsentifkan kesejahteraan.