ISTANBUL: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memulakan lawatan rasmi empat hari ke Turkiye bermula Selasa ketika kedua-dua negara berusaha untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan ekonomi serta kerjasama dalam industri aeroangkasa dan pertahanan.
Duta Besar Malaysia ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal berkata semasa lawatan itu, yang diadakan atas jemputan Presiden Recep Tayyip Erdogan, kedua-dua pemimpin dijangka menyentuh mengenai kerjasama pascapandemik COVID-19.
"Pertemuan julung kali dua pemimpin utama negara Islam ini pastinya membuka lebih banyak peluang kerjasama antara kedua-dua negara. Selain membincangkan kerjasama dua hala, isu Ukraine dan keselamatan makanan turut dijangka dibincangkan," katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini pada Isnin.
Perdana Menteri dijadualkan bertemu Presiden Turkiye di Kompleks Presiden di Ankara pada Khamis, diikuti mesyuarat delegasi antara Malaysia dengan Turkiye.
Pada lawatan itu, Ismail Sabri akan diiringi Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain.
Perdana Menteri akan menaiki penerbangan ke Istanbul pada pagi Selasa untuk memulakan lawatan rasmi.
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISGIA), beliau akan diberikan taklimat mengenai lapangan terbang itu yang dimiliki dan diuruskan oleh Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB), yang penglibatannya dalam ISGIA bermula pada 2008 dan kini menjadi satu daripada simbol mercu tanda hubungan perniagaan Malaysia-Turkiye.
Lapangan terbang itu, satu daripada dua lapangan terbang antarabangsa di Istanbul terletak di bahagian Asia daripada dua benua di Istanbul dan dinamakan sempena nama juruterbang pejuang wanita pertama di dunia, Sabiha Gokcen.
"MAHB telah melabur kira-kira 500 juta euro dalam projek lapangan terbang Sabiha dan sedang meninjau lebih banyak projek sedemikian di negara ini," katanya mengenai lapangan terbang kedua terbesar di Turkiye serta terminal dan landasan tunggal tersibuk di dunia itu.
Selepas melawat ISGIA, Perdana Menteri akan menjadi hos pada majlis makan tengah hari untuk Keluarga Malaysia yang menetap di negara itu, sebelum mengadakan pertemuan dengan komuniti perniagaan Turkiye, katanya dan menambah kira-kira 15 memorandum persefahaman (MoU) dan Surat Niat dijangka ditandatangani semasa lawatan itu.
Sazali berkata Turkiye adalah rakan kongsi perdagangan ketiga terbesar Malaysia di Timur Tengah selepas Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan jumlah perdagangan antara dua negara merekodkan RM16.97 bilion (AS$4.09 bilion) pada 2021, dan projek dilaksanakan bernilai RM444.59 juta (AS$130.91 juta).
Pada 2021, Malaysia mengeksport minyak sawit dan produknya bernilai lebih AS$1.06 bilion bagi menampung permintaan yang semakin meningkat, khususnya dalam industri makanan Turkiye serta industri penjagaan diri dan rumah.
Sazali berkata pada Rabu, Perdana Menteri akan ke ibu negara Ankara dan dijadualkan melawat dua penggiat utama dalam industri pertahanan dan aeroangkasa di negara itu iaitu MKE Corporation dan Turkish Aerospace Industries (TAI).
Pembukaan semula sempadan juga dijangka memulihkan industri pelancongan antara dua negara selepas pandemik COVID-19, kata Sazali sambil menambah sebanyak 107,000 rakyat Malaysia berkunjung ke negara itu pada 2019 manakala 15,000 rakyat Turkiye melawat Malaysia.
Kedua-dua negara menjalinkan hubungan diplomatik pada 1964.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 04 2022
Perdana Menteri dijadualkan bertemu Presiden Turkiye di Kompleks Presiden di Ankara pada Khamis. - Foto fail/BERNAMA
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.