SINGAPURA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi beliau sempena pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) melalui udara dan sempadan darat antara Malaysia dan Singapura.

Ketibaan beliau di Woodlands Checkpoint pada pukul 10.45 pagi disambut oleh rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong, sebelum kedua-dua pemimpin itu melawat VTL sempadan darat.

Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Pengangkutan Datuk Wee Ka Siong dan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.

[TERKINI] Perdana Menteri tiba di Singapura untuk lawatan rasmi


Ini merupakan lawatan rasmi pertama Ismail Sabri ke republik Singapura sebagai Perdana Menteri, sebagai memenuhi undangan Lee.

Ia juga merupakan lawatan kedua Ismail Sabri ke negara jiran sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan pada 21 Ogos lepas.

Beliau sebelum ini melawat Indonesia untuk lawatan rasmi tiga hari bermula 9 Nov.

Majlis sambutan rasmi dijadualkan berlangsung di Istana tengah hari ini.

-- BERNAMA