PM ke-9: Barisan ahli politik zahir ucapan tahniah buat Ismail Sabri, doakan yang terbaik

Faris Danial Razi
Ogos 20, 2021 10:02 MYT
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baharu. - Bernama
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO dan kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi serta ahli-ahli UMNO di seluruh negara mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-9.
Selain itu di akaun Twitter juga, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mendoakan agar Ismail Sabri dapat menjadi Perdana Menteri yang berjaya.
Katanya, Ismail Sabri dengan pantas perlu pastikan negara dapat memerangi COVID-19 sehingga menang dan perbaiki ekonomi rakyat.
BACA: Agong perkenan lantik Ismail Sabri sebagai PM ke-9
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Ismail Sabri PM ke-9

#Presiden dan kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi serta ahli-ahli #UMNO seluruh negara mengucapkan tahniah kepada YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Kesembilan. pic.twitter.com/av6NYxRIAj

— UMNO Online (@umnoonline) August 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Selain itu, beliau perlu menstabilkan politik, mengharmonikan masyarakat dan memulihkan negara keseluruhannya semoga Allah S.W.T sentiasa membantu dan kabinetnya,” kata Ahmad.

Semoga DS @IsmailSabri60 menjadi #PerdanaMenteri yg berjaya. Maka dgn pantas: 1. Pastikan perang #Covid19 kita menangi 2. Perbaiki ekonomi #rakyat 3. Stabilkan politik 4. Harmonikan masyarakat 5. Pulihkan negara keseluruhannya Moga Allah sentiasa membantu beliau & kabinetnya. pic.twitter.com/AfTFmLfCPO

— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) August 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan media turut merakamkan ucapan tahniah kepada Ismail Sabri atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri yang baharu dan menyatakan beliau juga mempunyai kelayakan dan pengalaman yang diperlukan untuk memimpin negara ini.
BACA: Ismail Sabri PM ke-9: Ketepi agenda politik, bersatu hati tangani pandemik COVID-19 - Agong
BACA: "Selamat jalankan amanah, negara perlukan kestabilan" - Hishammuddin
“Sekarang pergolakan kepemimpinan di peringkat Persekutuan telah diselesaikan, marilah kita semua bersatu, mengenepikan perbezaan, dan terus bergerak untuk memerangi pandemik COVID-19 serta membangun kembali ekonomi kita," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohd Azmin Ali meluahkan rasa syukur di atas pelantikan Ismail Sabri dengan menyatakan keyakinannya terhadap Ahli Parlimen Bera itu akan meneruskan usaha membina Malaysia yang gagah dan wibawa.

Alhamdulillah. Tahniah YAB @IsmailSabri60 di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri. Saya yakin DS akan meneruskan usaha membina Malaysia yang gagah dan wibawa. Teguh kita, menang bersama.

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) August 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera itu sebagai menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, keputusan itu ditetapkan Seri Paduka Baginda selepas Ismail Sabri menerima sokongan majoriti yang mencukupi iaitu seramai 114 Ahli Dewan Rakyat.
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri adalah dijadualkan pada 21 Ogos 2021 (Sabtu), jam 2.30 petang, di lstana Negara.
#ismail sabri yaakob #Perdana Menteri #PM #Ahmad Maslan #Azmin Ali #Ketua Menteri #Parlimen #ekonomi #pandemik #Muhyiddin Yassin #UMNO #Yang di-Pertuan Agong #Dewan Rakyat #COVID-19 #Twitter