PM Najib pengerusi mesyuarat Kabinet

Bernama
April 6, 2018 01:33 MYT
Kelihatan kenderaan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Pejabat Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sebalik desas-desus pembubaran Parlimen hari ini.
Kenderaan rasmi perdana menteri kelihatan memasuki bangunan Perdana Putra pada 8.40 pagi.
Sebelum itu, kenderaan membawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri Kabinet turut kelihatan memasuki bangunan tersebut untuk menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet.
Ramai pemerhati politik mengandaikan mesyuarat itu mungkin yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14.
Sekumpulan jurugambar dan wartawan turut menunggu di luar perkarangan pintu masuk ke Perdana Putra seawal 7 pagi bagi membuat liputan kemungkinan pengumuman pembubaran Parlimen.
-- BERNAMA
#kabinet #menteri #mesyuarat #Najib Razak