Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digambarkan sebagai seorang individu yang mempunyai kesabaran luar biasa.
Ini menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut menggambarkan Najib sebagai seorang pemimpin yang sentiasa bersangka baik terhadap orang lain.
"Walaupun kita dapat laporan mengenai seseorang, Datuk Seri Najib masih memilih untuk tidak menyambut keburukan, sebaliknya hanya bersangka yang baik," kata Ahmad Zahid.
Tambahnya, peribadi Najib ini mungkin ditakdirkan Tuhan kerana walaupun beliau menghadapi banyak ujian, Najib tetap tenang dan bersabar dalam setiap keadaan.
"Bagi saya, Datuk Seri Najib adalah seorang insan luar biasa. Keistimewaan inilah yang mungkin Allah takdirkan bagi beliau kerana walaupun dalam kedudukan sekarang dengan pelbagai ujian yang mendatang, beliau tetap tenang, sabar dan tidak nampak kegundahannya langsung, sekurang-kurangnya di hadapan kita," kata Ahmad Zahid.
Beliau menceritakan peribadi pemimpin tertinggi negara itu ketika pelancaran buku "Najib Razak 40 Years 40 Pictures" di KL Sentral hari ini.
Pelancaran tersebut bersempena ulang tahun penglibatan Najib dalam politik iaitu sejak 21 Februari 1976.
Najib menjadi Ahli Parlimen Pekan bagi menggantikan ayah beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua.
Hafiz Marzukhi
Wed Feb 17 2016
Ahmad Zahid (tengah) memegang buku 'Najib Razak 40 Years 40 Pictures'. Hadir sama Datuk Seri FD Iskandar (kanan) dan Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din. -Astro AWANI/Shahir Omar
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
PM Najib punya kesabaran luar biasa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menggambarkan Najib sebagai seorang pemimpin yang sentiasa bersangka baik terhadap orang lain.