KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Khamis ini bagi membincangkan langkah menyeluruh menangani isu kenaikan kos sara hidup yang dihadapi rakyat.
Memaklumkan demikian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata tindakan jangka sederhana dan panjang akan dibentangkan oleh kementerian-kementerian berkenaan pada mesyuarat itu.
“Antara perkara yang akan dibincangkan adalah berkaitan pergantungan kepada import, kos kepada input makanan, isu buruh asing, skim subsidi, geran dan pinjaman mudah, pengangkutan dan logistik, teknologi pertanian dan penyelidikan serta pembangunan (RD),” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) mengenai tindakan segera dan langkah efektif jangka pendek, sederhana dan panjang yang akan diambil Majlis Tindakan Kos Sara Hidup bagi menangani krisis kenaikan harga barangan keperluan asas yang menimpa rakyat ketika ini.
Mustapa berkata kerajaan sedar harga keperluan asas khususnya ayam dan beberapa jenis sayur dan ikan meningkat dengan ketara akhir-akhir ini, dan kerajaan juga amat prihatin tentang masalah yang dihadapi rakyat berikutan kenaikan harga itu terutama kumpulan B40 dan M40.
BACA: Anwar bidas mesyuarat bincang kenaikan harga barang hanya bermula 9 Disember
Justeru, Perdana Menteri telah mengarahkan semua kementerian mengambil tindakan segera bagi menangani isu berkaitan mengikut bidang tugas masing-masing.
Selain itu, pada 4 Dis lepas Perdana Menteri turut membuat pengumuman untuk memberi kebenaran mengimport ayam bulat bersifat sementara bagi menampung kekurangan bekalan ayam di pasaran, serta peruntukan RM262 juta untuk membantu peladang dan petani terjejas akibat kenaikan harga baja dan racun.
"Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah membuat pengumuman pada 30 Nov bagi menggerakkan lebih 1,000 pegawai pemantau harga secara harian untuk memantau harga 480 item di 1,500 premis seluruh negara serta memulakan Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan lebih awal menjelang perayaan Krismas," katanya.
Mustapa berkata Jabatan Perangkaan yang memantau indeks harga pengguna secara bulanan juga diarahkan membuat pemantauan harian beberapa keperluan asas dan melaporkan trend perubahan harga barangan berkenaan kepada kerajaan.
Melalui Bajet 2022, beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM31 bilion dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif termasuk pemberian subsidi petrol RON95 dan diesel serta minyak masak dan tepung.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 07 2021
Mustapa berkata, Perdana Menteri telah mengarahkan semua kementerian mengambil tindakan segera bagi menangani isu berkaitan mengikut bidang tugas masing-masing. - Gambar fail
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
PM pengerusi mesyuarat bincang kenaikan kos sara hidup Khamis ini - Mustapa
Tindakan jangka sederhana dan panjang akan dibentangkan oleh kementerian-kementerian berkenaan pada mesyuarat itu.