JOHOR BAHRU: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyeru agar Keluarga Malaysia mengamalkan konsep Tasamuh dalam bermasyarakat dan menjadikan ia perkara utama untuk bergerak ke hadapan sejajar dengan peredaran masa.
Beliau berkata Tasamuh adalah perkataan Bahasa Arab yang bermaksud toleransi atau berlapang dada iaitu bersikap menerima dan damai terhadap sebarang keadaan misalnya toleransi dalam agama adalah sikap saling menghormati hak serta kewajipan antara agama.
Perdana Menteri berkata dalam realiti Keluarga Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum, sudah pasti kepelbagaian budaya serta adat resam menjadi satu keunikan yang perlu diraikan sekali gus mewujudkan masyarakat aman dan sejahtera.
"Mana-mana budaya yang tidak bertentangan dengan akidah Islam boleh disantuni tanpa sebarang stigma dan diskriminasi.
"Tasamuh adalah asas utama dalam menghadapi keragaman dan perbezaan bangsa dan agama lebih-lebih lagi dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai kepelbagaian bangsa, agama, budaya serta bahasanya," katanya ketika berucap pada perasmian Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1443H/2022M di Pusat Islam Iskandar hari ini.
Justeru, Ismail Sabri berkata bagi negara yang memiliki bangsa dan budaya majmuk seperti Malaysia, sikap toleransi atau tasamuh sangat penting sebagai alat untuk menyatupadukan semua pihak.
Beliau berkata penganjuran majlis itu juga bersesuaian dengan konsep Tasamuh yang menekankan nilai toleransi dan kebersamaan selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang mampu menjadikan masyarakat di negara ini menghargai serta memahami nilai perbezaan.
Perdana Menteri juga berkata bersesuaian dengan tema MTHQK kali ini iaitu 'Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti,' ia menjadi titik tolak bagi melahirkan generasi yang berpegang kepada al-Quran dan al-Sunah untuk membentuk sebuah negara yang harmoni.
Dengan kecanggihan kemajuan teknologi, beliau berkata tiada alasan lagi untuk umat Islam tidak meluangkan masa mendengar atau membaca al-Quran.
"Ini kerana terdapat aplikasi al-Quran digital yang boleh dimuat naik dalam peranti seperti telefon pintar, tablet atau komputer riba. Ia dapat didengar pada bila-bila masa dan di mana jua kita berada.
"Sebagai contoh dalam perjalanan ke sekolah dan pejabat, semasa mengharungi kesesakan lalu lintas dan juga di waktu senggang kita. Maka peluang keemasan seperti ini perlu diambil oleh seluruh umat Islam dalam mempertingkat amal ibadah kepada Allah SWT," katanya.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani.
Selepas dua tahun negara dilanda pandemik COVID-19, penganjuran majlis itu yang berlangsung selama enam hari mulai hari ini, menyaksikan seramai 110 orang mengambil bahagian dengan 29 menyertai Majlis Tilawah Al-Quran manakala 81 lagi menyertai Majlis Hafazan Al-Quran.
Kali terakhir Johor menjadi tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran ialah pada 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 12 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar hari ini. - Foto BERNAMA
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
Ma'al Hijrah: Sikap toleransi elak perbalahan merugikan - PM
Sikap toleransi atau berlapang dada bukan sahaja membolehkan negara terus membangun sehingga dihormati, malah dapat mengelakkan daripada berlakunya perbalahan yang sia-sia dan merugikan.
Persidangan Ulama: Konsep Keluarga Malaysia boleh dijadikan contoh untuk negara Islam - PM
Semua pihak terutama ulama dan para ilmuwan Islam perlu mencari jalan penyelesaian dalam berdepan cabaran pertikaian sesama sendiri.
PM seru Keluarga Malaysia amal konsep Tasamuh dalam bermasyarakat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyeru agar Keluarga Malaysia mengamalkan konsep Tasamuh dalam bermasyarakat.
Perdana Menteri seru Keluarga Malaysia berpegang pada konsep Tasamuh
Konsep Tasamuh selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang mampu menjadikan masyarakat Malaysia menghargai dan memahami nilai perbezaan.