WASHINGTON DC: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Washington D.C untuk lawatan kerja empat hari.

Beliau tiba di Pangkalan Udara Tentera, Joint Base Andrews sekitar 8.16 pagi waktu Malaysia.

Ketibaan Perdana Menteri disambut Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, serta Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Perdana Menteri akan menyertai Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, Naib Presiden AS Kamala Harris dan pemimpin ASEAN lain dalam Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS yang berlangsung selama dua hari di Washington D.C. bermula Khamis ini waktu tempatan.

Kesemua 10 pemimpin ASEAN dijadualkan mengambil bahagian dalam sidang kemuncak khas itu kecuali dari Filipina dan Myanmar.

Pada penghujungnya dijangka mengeluarkan kenyataan wawasan bersama yang menekankan peningkatan komitmen kedua pihak mengenai keamanan dan kestabilan keselamatan.