PM ucap tahniah kepada Joe Biden, harap kerjasama lebih kukuh

Astro Awani
November 8, 2020 02:00 MYT
Muhyiddin mendoakan kejayaan Biden dan berharap mereka dapat mengadakan pertemuan secara peribadi satu hari nanti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan ucapan tahniah kepada Joe Biden atas pemilihannya sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu.
Katanya, Malaysia berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dengan AS di bawah kepimpinan Biden, ketika masyarakat antarabangsa berusaha menangani cabaran global, termasuk kesan buruk akibat pandemik COVID-19.
Menurutnya, Malaysia mengikuti rapat proses pilihan raya Amerika Syarikat.
"Perkongsian Komprehensif AS-Malaysia terus menjadi kerangka yang menyeluruh untuk lebih pro-aktif dan saling menjalin kerjasama yang baik antara kedua-dua negara.
"Sebagai negara yang sedang membangun, Malaysia melihat kepentingan hubungan dengan AS," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru, Muhyiddin mendoakan kejayaan Biden dan berharap mereka dapat mengadakan pertemuan secara peribadi satu hari nanti.
Sumber Facebook ts.muhyiddin
#AS memilih #presiden #Joe Biden #menang #Perdana Menteri #ucap #tahniah #Malaysia