Rentetan dari beberapa isu besar khususnya Kalimah Allah yang berlaku yang mengheret ketegangan agama, saya tertarik untuk membicangkan takrifan Tuhan dalam rujukan oleh ketiga-tiga agama Samawi. Umum mengetahui bahawa ajaran Kristian yang bersumberkan Old Testament dan New Testament akarnya berasal dari bahasa Hebrew di mana rata-rata dalam kalangan Nabi-Nabi yang dikisahkan dalam kitab-kitab mereka termasuk Nabi Isa A.S adalah dari bangsa Yahudi.
Judaism yang meyakini dan beramal dengan Torah dan Psalm menggunakan beberapa kalimat yang merujuk Tuhan dan antaranya termasuklah perkataan Yahweh, Eloah, dan Elohim. Dalam erti kata lain, perkataan-perkataan ini adalah perkataan yang digunakan dalam Old Testament (Torah) dan Psalm yang turut menjadi sumber rujukan bagi ajaran Kristian.
Persoalan yang timbul adalah dari mana terbit perkataan “God” dan “Lord” yang merujuk kepada Tuhan bagi ajaran Kristian yang turut merujuk kepada Tuhan dalam kitab Old Testament? Bagi menjawab persoalan demikian, mungkin kita boleh menatap buku “His Name Forever: The Story Behind The Name of God” karangan Iris A Foreman untuk mengetahui latar sejarah terjemahan kitab Bible dan perkataan Tuhan.
Pada tahun 382 C.E, terma yang digunakan dalam Latin Vulgate terjemahan pertama Bible dari Hebrew Old Testament dan Greek New Testament ke bahasa Latin adalah “deus” dan ia bukan satu terma yang tepat bagi menggantikan “Elohim” sebaliknya ia berasal dari perkataan “deiwos” dari bahasa Proto-Indo-European yang berkongsi kata akar tradisi lama yang membawa maksud Ketua kepada European-Indo-Pantheon. Rumusan yang mudah adalah terjemah “deus” ini membawa kepada maksud Tuhan yang bersumber dari agama pagan.
Terjemahan pertama Latin Vulgate ini membawa indikasi bahawa ia bukan satu terjemahan yang asli dan tepat seperti yang diharapkan kelompok agamawan Kristian untuk menggambarkan suatu teks suci terutamanya apabila merujuk kepada Yang Maha Agung.
Namun, sejarah mencatatkan bahawa proses untuk mengeksport ajaran Kristian dari latar budaya dan pemikiran Yahudi ke Eropah menjadi sukar bilamana perkataan-perkataan tersebut tidak dapat dihayati maknanya oleh masyarakat setempat akibat dari perbezaan yang meluas dari aspek budaya dan pemikiran. Justeru, penggunaan istilah baru harus dibuat bagi memastikan berlaku “contextualization” menepati sarwa pandang, idea dan budaya penerima ajaran yang baru.
Begitu juga terjemahan Bible pertama dari Latin Vulgate ke Bahasa Inggeris oleh John Wycliffe menggunakan perkataan “God” dan “LORD” tanpa mengambil walau satu kata nama Khas seperti YHWH atau Yahweh sebagai kata nama tunggal bagi merujuk kepada nama Tuhan. Perkataan God yang digunakan secara mutlak tiada kaitan dengan Proto-Semitic mahupun Proto-Indo-European yang melatari Hebrew Old Testament dan Greek New Testament .
Walaubagaimana pun, disebabkan perkataan God mempunyai “baggage” yang kuat yang membawa unsur luar dari ruang lingkup ajaran Kristian,God itu tidak digunakan sebagai rujukan kepada Yang Maha Agung melainkan hanya untuk memetik petikan.
“Contextualization” ini sebenarnya memperlihatkan kegagalan mubaligh Kristian untuk menerangkan konsep ketuhanan sehingga mencapai maksud Tuhan dalam erti kata yang dimahukan oleh ajaran asal Old Testament sebenar. Dalam kata mudah, masih wujud worldview, pengaruh dan unsur agama pagan yang mendalam dalam jiwa mereka walau ditangan mereka sedang memegang Bible.
Berbanding agama Islam, perkataan Allah kekal sebagai nama khas bagi tuhan walau ia satu perkataan yang asing dan tidak pernah didengar oleh masyarakat Melayu sebelum Islam. Walaupun zaman sebelum Islam budaya dan pemikiran masyarakat Melayu ditanam dengan perkataan Brahma bagi menunjukkan nama tuhan namun, segala unsur dan pengaruh Hindu telah dibuang sebaliknya ditanam sedalam-dalamnya konsep kefahaman ketuhanan bertepatan sepertimana yang dikehendaki Islam.
Islamisasi Perkataan
Perkataan Allah sebagai contoh walau telah digunakan masyarakat Arab sebelum Islam, namun kalimah tersebut telah melalui proses Islamisasi perkataan selepas penurunan Al-Quran dan sampai ke alam Melayu dalam keadaan “post-quranic” dengan membawa definisi dan ciri seperti yang diterangkan dalam Al-Quran sendiri. Malah, tidak ada catatan atau nukilan sejarah yang menyatakan bahawa Kalimah Allah itu datang ke alam Melayu sebelum penurunan Al-Quran.
Islamisasi Makna
Begitu juga dengan perkataan-perkataan Sanskrit lain yang punya unsur pengaruh Hindu-Buddha seperti sembahyang dan dosa, walau masih kekal digunakan tapi telah melalui proses Islamisasi makna yang tersemat sedalam-dalamnya dalam pemikiran dan budaya masyarakat Melayu. Bila kita bicara tentang sembahyang tergambar dalam fikiran kita solat seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W, dan begitu juga bila disebut dosa tergambar dalam fikiran kita sebagai satu yang terbit dari perbuatan maksiat kepada Allah S.W.T.
Mengapa ALLAH bukan YHWH-YAHWEH?
Dalam terjemahan Inggeris Bible, menurut Iris A Foreman, perkataan “the LORD” diletakkan bagi tempat di mana perkataan asalnya adalah YHWH. Manakala perkataan God sebagai kata ganti kepada perkataan Elohim dan beberapa perkataan lain.
Sebagai contoh dalam teks asal yang dinyatakan oleh Iris A Foreman dalam Exodus 6: 6-8:
“say, therefore, to the sons of Israel: ‘I am the YHWH; and I will bring you out from under the burdens of the Egyptians, and I will deliver you from their bondage. I will redeem you with an outstretched arm and with great judgments. “Then I will take you as My people, and I will be your Elohim. Then you shall know that I am the YHWH your Elohim who brought you out from under the burdens of Egyptions. I will bring you to the land which I swore to give to Abraham, Isaac, and Jacob and I will give it to you for a possession; I am YHWH”
Ayat di atas menunjukkan dengan jelas bahawa Tuhan telah memperkenalkan namanya sebagai YHWH atau YAHWEH sebanyak tiga kali, satu perkataan khusus yang diturunkan kepada Moses dalam Old testament. Dalam erti kata lain, YHWH adalah kata nama Khas (specific term) sebagai nama tunggal dikhususkan merujuk kepada nama Tuhan. Namun, dalam terjemahan versi King James, YHWH itu diterjemahkan kepada “the LORD” dan bukan “YHWH” sedangkan “the Lord” itu hanya kata nama Am bagi maksud gelaran dan bukan nama Khas. Gelaran yang sama juga digunakan bagi merujuk kepada Hakim dalam prosiding Mahkamah “My Lord”.
Lebih membingungkan lagi apabila hari ini perkataan YHWH yang diterjemahkan kepada “the Lord” itu mahu diterjemahkan kepada “ALLAH”. Secara logik bilamana terjemahan dibuat ke atas kata nama Khas, ia harus membawa nama Khas bersama sebagai satu cara untuk mengenalpasti identiti, dan begitu juga nama Am harus bersama dengan nama Am bagi menunjukkan suatu yang umum.
Jika jiran kita menggunakan perkataan “emak” yang merujuk kepada emak dia sudah pasti tidak menimbulkan masalah walaupun kadang-kadang menyebabkan emak kita terkeliru kerana perkataan emak itu adalah kata umum. Tetapi bagaimana jika jiran kita menggunakan nama Khas emak kita “Hafizah” merujuk kepada emak dia walhal nama Khas emak dia sebenarnya ialah “Salimah”? Bukankah tindakan itu satu yang amat janggal?
Mengambil contoh Al-Quran, kata nama Khas Allah kekal digunakan walau sesiapa yang menganutinya kerana ia adalah kata nama Khas sepertimana yang diperkenalkan Allah dalam surah Toha ayat 14:
“Sesungguhnya Aku adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah Solat untuk mengingatiku”.
Kekeliruan yang sama juga terdapat dalam terjemahan Al-Kitab jika kita teliti terjemahan ayat yang sama Exodus 6: 6-8 tadi bilamana kata nama Am diterjemahkan dengan kata nama Khas dan kata nama Khas diterjemahkan kepada kata nama Am. Kata nama Khas ”I am the YHWH”diterjemahkan kepada kata nama Am “Akulah Tuhan” dan kata nama Am “your Elohim (your God)” telah diterjemahkan kepada kata nama Khas “Allahmu”.
Terjemahan Al-Kitab berbunyi –
“Sebab itu katakanlah kepada orang Israel: Akulah TUHAN, Aku akan membebaskan kamu dari kerja paksa orang Mesir, melepaskan kamu dari perbudakan mereka dan menebus kamu dengan tangan yang teracung dan dengan hukuman-hukuman yang berat. Aku akan mengangkat kamu menjadi umat-Ku dan Aku akan menjadi Allahmu, supaya kamu mengetahui, bahwa Akulah, TUHAN, Allahmu, yang membebaskan kamu dari kerja paksa orang Mesir. Dan Aku akan membawa kamu ke negeri yang dengan sumpah telah Kujanjikan memberikannya kepada Abraham, Ishak dan Yakub, dan Aku akan memberikannya kepadamu untuk menjadi milikmu; Akulah TUHAN.”
Saya bawa satu contoh kesan kekeliruan jika kata nama Am diterjemahkan kepada kata nama Khas dan sebaliknya.
Dalam bahasa Inggeris ayat “The man is lazy” sudah pasti diterjemahkan kepada “Lelaki itu adalah seorang pemalas” yang membawa kepada maksud umum seseorang individu itu sebagai pemalas. Bagaimana jika seseorang menterjemah ayat “The man is lazy” sebagai “Faisal adalah seorang pemalas?” sedangkan “the man” adalah kata nama Am yang membawa maksud “Orang itu” dan “Faisal” adalah kata nama Khas? Begitu juga yang terjadi sebaliknya jika terjemahan “Faisal is lazy” diterjemah sebagai “orang itu adalah seorang pemalas”.
Begitu juga jika saya menyatakan kepada adik saya "Akulah Abang, Faisalmu" sedangkan yang tepat adalah "Akulah faisal, Abangmu". Merujuk kepada terjemahan Al-Kitab di atas "Akulah TUHAN, Allahmu".
Situasi salah faham ini terjadi sekiranya kita menterjemah perkataan Tuhan bagi maksud umum digantikan dengan Allah yang merujuk kepada kata nama Khas. “Bapak Tuhan” dan “Anak Tuhan” seperti contoh diterjemah sebagai “Bapa Allah” dan “Anak Allah”.
Sikap Katolik
Senario hari ini yang menunjukkan tindakan Gereja Katolik Malaysia yang berkeras untuk menggunakan Kalimah Allah di semenanjung Malaysia adalah suatu yang amat meragukan malah membebalkan kerana dari tatapan sejarah Gereja Katolik, ia bukan suatu yang dipelopori atau diajar oleh mereka kerana Gereja Katolik amat tegas dan keras dengan Bible satu versi Bahasa tanpa menceduk sebarang unsur atau anasir luar (heresy).
Selama 15 abad lamanya Bible Latin Vulgate dengan perkataan deus telah digunakan secara meluas di Eropah akibat paksaan yang dilakukan oleh Gereja Roman Katolik ini. Gereja Roman Katolik telah mengeluarkan amaran keras untuk membunuh sesiapa sahaja yang memiliki Non-Latin Bible atau Bible dari bahasa selain bahasa Latin.
Begitu juga dengan tindakan Gereja Katolik yang mengarahkan salinan terjemahan Bible Latin Vulgate ke dalam Bahasa Inggeris iaitu “1385 Wycliffe Manuscript New Testament” ditanam, dikoyakkan, dan dicampak ke dalam sungai.
John Hus, salah seorang pengikut Wycliffe telah dibakar hidup-hidup pada tahun 1415 dan Bible terjemahan Inggeris Wycliffe telah digunakan sebagai bahan bakar. Hukuman yang dijatuhkan Gereja Roman Katolik ke atas John Hus adalah kerana tindakan Hus yang menyebarkan idea Wycliffe bahawa setiap bangsa di Eropah harus bebas untuk membaca Bible dan berdoa dalam bahasa mereka sendiri.
Foxe’s Book of Martyrs juga merekodkan tujuh pemimpin agama telah dibakar oleh Gereja Roman Katolik atas kesalahan jenayah mengajar anak-anak mereka berdoa dan bersembahyang dalam Bahasa Inggeris dan bukan Latin.
Selama lebih seratus tahun selepas John Hus dibakar, komuniti Kristian berterusan membaca Bible dan berdoa dengan hanya menggunakan teks Latin Vulgate sahaja. Akhirnya pada 1517, muncul Martin Luther yang berani melanggar perintah Gereja Katolik dengan menterjemah Bible ke bahasa dialek German.
Muhammad Faisal Abdul Aziz
Mon Jan 13 2014
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Majoriti mahu kerajaan menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong - Kajian Projek SAMA
Majoriti rakyat Malaysia mahu kerajaan bertindak menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong sekiranya ada pihak ingin membincangkan isu 3R.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta
RUU Pindaan Wakaf 2024 dikritik sebagai pencabulan hak asasi perlembagaan dan usaha melemahkan pengurusan komuniti Muslim terhadap hartanya.
GISB: Jika itu kena kompromi, tiada guna saya jadi PM - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian untuk tidak berkompromi dalam menyelesaikan isu membabitkan syarikat Gisb Holdings (GISB).
Pelajar tahfiz perlu bersedia, tangani ekstremis dan pembenci Islam - PM Anwar
Kata Anwar, semua pihak harus menggunakan kewarasan akal dan kembali ke asas agama Islam sebenar seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Keindahan Islam perlu dijelmakan penganutnya - Sultan Nazrin
Titah Sultan Nazrin, keagungan dan kemuliaan Islam perlu dicerminkan melalui sifat dan watak insaniah ummah.
Wanita minta Mahkamah Persekutuan semak semula keputusan status agamanya
Seorang wanita berusia 37 tahun telah memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan dalam usaha untuk membatalkan keputusan sebelum ini yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
'Pakar pengajian Islam jangan jumud, mesti dinamik dan profesional'
Pakar dalam bidang pengajian Islam mesti dinamik, berfikiran luas dan profesional, tidak 'jumud' dan bersandarkan kepada sejarah sahaja.