Walaupun sedang berdepan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap komited dan memberikan jaminan bahawa proses pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan berjalan lancar.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata proses PRU13 tidak akan terganggu walaupun sebahagian anggota pasukan keselamatan ditugaskan dalam Operasi Daulat di Sabah.
"Kita akui kita sedang berhadapan dua isu besar (pilihan raya umum dan Operasi Daulat), yang boleh memberikan impak terhadap penugasan kita. Namun kita yakin kita dapat mengendalikan kedua-duanya dengan baik dan terkawal," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengenai pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi laluan kepada PRU13.
Mohd Bakri berkata dakwaan proses pilihan raya akan terjejas kerana anggota polis tidak mencukupi untuk memantau dan mengawal PRU adalah tidak benar kerana pihak polis telah mengadakan persiapan untuk menghadapi sebarangan kemungkinan.
"Tidak bermakna anggota-anggota kita yang ditempatkan di Lahad Datu itu akan menjejaskan persediaan polis untuk menghadapi pilihan raya.
"Kita ada elemen-elemen tertentu yang boleh membantu dari sudut untuk memastikan pilihan raya itu berjalan teratur terutamanya berkaitan keselamatan," katanya.
Mohd Bakri berkata PDRM juga mempunyai 'pelan kontingensi' dalam menangani masalah-masalah di luar jangkaan dan bersiap sedia dalam menghadapi apa juga cabaran atau masalah.
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa), Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim sebelum ini berkata anggota yang mencukupi akan ditempatkan sepanjang proses pilihan raya, lebih-lebih lagi di kawasan yang dianggap 'hotspot'.
Seramai 112,00 anggota polis di setiap cawangan akan berkawal selepas pembubaran Dewan hingga selesai pilihan raya dan keadaan benar-benar terjamin selamat, katanya.
Muhammad Fuad berkata polis juga memberi jaminan untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar dan pengundi tidak perlu berasa takut untuk melaksanakan tanggungjawab mereka pada pilihan raya umum akan datang.
Bernama
Wed Apr 03 2013
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Agong, Permaisuri berkenan sembah kenal balu, waris anggota polis terkorban Op Daulat
Pertemuan itu berlangsung di Dataran Pahlawan Negara dalam suasana sayu, usai persembahan pantomim bertajuk Op Daulat Kampung Simunul bersempena Sambutan Hari Pahlawan 2023.
438 barang kes Op Daulat diserah kepada Muzium PDRM Sabah
Sebanyak 438 barang kes Op Daulat pada 2013 milik kumpulan pengganas Sulu diserah kepada Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah hari ini untuk disimpan sebagai bahan peninggalan sejarah.
Sembilan tahun berlalu, Dewan Rakyat beri penghormatan kepada wira insiden Lahad Datu
Dewan Rakyat pada Isnin memberikan penghormatan kepada semua wira-wira negara itu yang disuarakan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.
APM gunakan pengalaman Ops Daulat bagi skala pengurusan COVID-19
Angkatan Pertahanan Awam (APM) menggunakan pengalaman menangani Ops Daulat di Lahad Datu bagi skala pengurusan pandemik COVID-19 ketika ini.
Dua balu kenang peristiwa berdarah Simunul
Laporan khas bersempena ulang tahun pertama peristiwa pencerobohan di Lahat Datu.
Keganasan: perbicaraan 30 individu bermula 6 Jan
Mereka didakwa melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, menjadi anggota kumpulan pengganas dan melindungi sekumpulan pengganas.
Pencerobohan Lahad Datu: Masih ada perkara sulit tidak didedahkan
Terdapat perkara sulit berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah yang belum didedahkan kepada umum kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ops Daulat kini dinamakan Ops Sanggah
Ops Daulat yang dilancarkan 5 Mac lalu, untuk memerangi kumpulan pengganas Sulu, ditukar nama kepada Operasi Sanggah.
344 anggota, pegawai 21 RAMD pulang dari Ops Daulat
Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang bertugas dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah, selama tiga bulan selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.
Petronas sumbang RM80,000 kepada keluarga wira negara
Petronas menyampaikan sumbangan berjumlah RM80,000 untuk keluarga kepada empat wira yang terkorban semasa Operasi Daulat di pantai timur.