SEREMBAN: Polis sedang mengesan seorang lelaki dan dua wanita bagi membantu siasatan berkaitan kes dera melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Jempol, dipercayai sejak Mei lepas.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata mereka ialah R.Guna Silan, 42, K.Nagamah, 41 dan G.Nisha, 21, masing-masing beralamat di Taman Seri Mahsan, Jempol yang juga merupakan bapa dan ibu saudara serta sepupu mangsa.
"Mangsa dijaga oleh individu berkenaan dengan upah sebanyak RM300 sebulan kerana ibunya bekerja di Johor. Hasil siasatan mendapati terdapat kesan dera seperti melecur, lebam, parut dan kecederaan lain pada keseluruhan badan mangsa.
"Kejadian ini dipercayai bermula pada 26 Mei lepas sehingga mangsa diselamatkan oleh ibu saudaranya yang lain sebelum ibunya membuat laporan polis pada 10.54 pagi, Rabu lepas. Ketiga-tiga suspek dipercayai telah menghilangkan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kanak-kanak itu kini dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Jempol.
Hoo berkata polis telah menubuhkan pasukan khas untuk mengesan ketiga-tiga individu berkenaan bagi siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata mereka ialah R.Guna Silan, 42, K.Nagamah, 41 dan G.Nisha, 21, yang juga merupakan bapa dan ibu saudara serta sepupu mangsa. - Gambar fail/BERNAMA
Batu Puteh: Kerajaan cadang nyah sulit laporan akhir Pasukan Petugas Khas - Fahmi
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyahsulitkan laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Ibu mengaku salah dera anak kandung didenda RM8,000
Wanita yang mendera anaknya didenda RM8,000 dan bon berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen Kluang pada Ahad.
Siti Bainun tarik balik permohonan gantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali menarik balik permohonan untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun terhadapnya.
Ibu kandung, rakan dipenjara tiga tahun letak anak dalam sangkar kucing
Tindakan seorang ibu dan rakannya mengurung seorang budak lelaki tiga tahun dalam sangkar kucing, mengundang padah apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi mereka hukuman penjara tiga tahun.
Bapa kandung, ibu tiri mengaku bersalah dera anak enam tahun
Bapa kandung, ibu tiri mengaku bersalah dera anak enam tahun
Ibu tunggal, teman lelaki dera anak dipenjara dua tahun
Ibu tunggal dan teman lelakinya dijatuhkan hukuman penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mendera anak kandung perempuan berusia lima tahun sejak Ogos lalu.
Bayi maut: Mindef akan bantu proses perubahan penempatan anggota
Kementerian Pertahanan akan membantu mempercepat permohonan perubahan penempatan tugas bagi anggotanya yang kematian anak berusia lapan bulan di sebuah taska.
Dua pengasuh disyaki dera dua beradik direman
Dua pengasuh di taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Kampung Raja di sini yang disyaki terbabit kes penderaan dua beradik direman enam hari bermula hari ini.
Budak lima tahun didera: Ibu ditahan, teman lelaki diburu
Polis giat mengesan teman lelaki kepada seorang wanita yang dipercayai turut terlibat dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Jalan Desiran Malawati dekat sini.
Kes dera, liwat pelajar di Merbok, lima individu ditahan
Seramai lima individu ditahan bagi membantu siasatan kes pelajar sebuah maahad tahfiz di Merbok dekat sini, mendakwa didera dan diliwat ketika berada di pusat pengajian itu, Jun lalu.
Direktori CBO tingkat kesedaran masyarakat tangani kes komuniti setempat
Katanya, isu penjagaan keselamatan golongan rentan dalam komuniti, termasuk mangsa keganasan rumah tangga, tidak boleh dipandang remeh.