Polis Kuala Lumpur sekali lagi menegaskan tidak pernah memberi kebenaran kepada penganjur Bersih 4.0 untuk mengadakan perhimpunan itu di Kuala Lumpur atau kawasan sekitarnya pada 29 dan 30 Ogos ini.
Sehubungan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa mengingatkan penganjur perhimpunan itu supaya tidak memutar belitkan sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis.
Peringatan daripada polis Kuala Lumpur itu susulan daripada kenyataan yang dikatakan oleh pengerusi perhimpunan itu, Maria Chin Abdullah dalam sebuah portal berita berbahasa Inggeris pada Rabu.
"Polis Kuala Lumpur juga menegaskan perhimpunan tersebut adalah perhimpunan menyalahi undang-undang kerana pihak penganjur tidak mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti mana yang disyaratkan di bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736)," katanya dalam kenyataan Rabu.
Tajudin berkata pada perjumpaan diadakan antara Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan penganjur perhimpunan itu, polis menasihatkan mereka tidak mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya kerana pada 26 hingga 30 Ogos ini berlangsungnya persiapan majlis sambutan Hari Kebangsaan 2015.
Katanya polis Kuala Lumpur bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan orang ramai dan ketenteraman awam di bandar raya ini terjamin.
"Orang ramai dinasihatkan supaya memberi kerjasama dengan tidak memasuki kawasan Dataran Merdeka bagi menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang di sepanjang tempoh tersebut," katanya.
Sementara itu, carian oleh Bernama berhubung kenyataan yang dikatakan oleh Maria dalam portal berita berkenaan tidak berhasil, sebaliknya paparan menunjukkan bahawa muka surat itu tidak dijumpai.
Maria ketika dihubungi berkata kenyataan yang dikeluarkannya itu mungkin disalah anggap oleh portal berita berkenaan.
"Saya fikir mereka (portal berita berkenaan) tersilap dengar...semua orang menganggap, saya akan menukar tempat (perhimpunan), tetapi tidak, belum lagi," katanya.
BACA: Kerajaan akan tetap berdiri teguh walaupun selepas Bersih - Rahman Dahlan
BACA: Bersih 4.0 - Empat perkara anda perlu tahu
Sementara itu, Pemuda Gerakan menggesa penganjur Bersih 4.0 menukar venue perhimpunannya ke sebuah stadium.
"Adalah tidak bertanggungjawab sekiranya Bersih meneruskan rancangannya untuk mengadakan demonstrasi jalanan yang bersifat politik," kata ketuanya Tan Keng Liang.
Bernama
Thu Aug 27 2015
TAJUDDIN: Orang ramai dinasihatkan supaya memberi kerjasama dengan tidak memasuki kawasan Dataran Merdeka bagi menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang. - Gambar Fail
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Pengurusan kes saman fitnah Maria terhadap Jamal 17 Feb
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Feb untuk pengurusan kes saman fitnah Maria Chin Abdullah terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Mahkamah saran kes saman Maria Chin terhadap Jamal diselesai secara baik
Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya kes saman fitnah difailkan Maria Chin Abdullah terhadap Jamal Md Yunus atas dakwaan mengaitkan Bersih 2.0 dengan kumpulan pengganas Daish diselesaikan secara baik.
Mahkamah Tinggi batal permohonan habeas corpus Maria Chin
Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan permohonan habeas corpus difailkan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Maria Chin: Biar polis siasat - Azalina
Semua pihak perlu menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan secara profesional terhadap Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah yang ditahan Jumaat lepas.
Penahanan Maria Chin di bawah SOSMA untuk bantu siasatan polis - Nur Jazlan
Penahanan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 bertujuan membantu siasatan polis.
Maria Chin fail habeas corpus pohon dibebas serta merta daripada tahanan
Maria Chin Abdullah yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), memfailkan permohonan habeas corpus.
Belajar bagaimana berhimpun secara aman - Maria Chin
Maria Chin 'menjemput' Gerakan Baju Merah bersama ketuanya, Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk belajar bagaimana sertai himpunan aman.
Perhimpunan Bersih 5 tidak boleh diteruskan kerana tiada notis lokasi baharu
Perhimpunan Bersih 5 tidak boleh diteruskan di luar Dataran Merdeka susulan syarat Akta Perhimpunan Aman 2012 gagal dipatuhi penganjur.
Terima dana Soros: Jabatan Peguam Negara belum terima kertas siasatan
Jabatan Peguam Negara masih belum menerima kertas siasatan daripada pihak berkuasa berhubung kenyataan beberapa organisasi yang menerima dana daripada hartawan George Soros.
Pembabitan Soros: 'Keterangan hanya akan diberi di mahkamah' - Maria Chin
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, sebarang butiran hanya akan dijawab jika dipanggil di mahkamah kelak.