KUANTAN: Polis Kuantan menubuhkan 14 pasukan pemantau bagi melakukan tinjauan di kawasan tumpuan orang ramai di daerah ini agar mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata penubuhan pasukan itu dibuat susulan Pahang telah beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan kebenaran aktiviti rentas negeri.
"Pasukan berkenaan akan melakukan pemantauan di kawasan tumpuan seperti tempat pelancongan, riadah, premis perniagaan bagi memastikan segala SOP ditetapkan dipatuhi," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan Op Bersepadu di kawasan Rehat dan Rawat (RR) Gambang Lebuhraya Pantai Timur di sini, semalam yang menyaksikan sebanyak 22 saman had laju telah dikeluarkan manakala 104 saman lagi membabitkan pelbagai kesalahan jalan raya lain.
Wan Mohd Zahari berkata susulan rentas negeri dibenarkan bermula 11 Okt lepas, turut berlaku peningkatan aliran trafik kira-kira 50 peratus.
"Polis turut menempatkan anggota di pintu masuk daerah Kuantan yang akan melakukan pemeriksaan secara rawak bagi memastikan individu yang memasuki negeri ini lengkap divaksin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 16 2021
Wan Mohd Zahari (depan, kanan) memeriksa sijil digital lengkap dos vaksin COVID-19 seorang pemandu ketika meninjau Op Bersepadu Pematuhan SOP fasa 4 PPN di Plaza Tol Gambang, 16 Okt, 2021. --fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Polis tumpas 'Geng Vennu' terlibat kes pecah masuk premis perniagaan di Pahang
Polis menahan dua anggota kumpulan 'Geng Vennu' yang disyaki terlibat dalam beberapa kes pecah masuk premis perniagaan di Pahang.
Lelaki Myanmar ditahan, cubaan culik budak 4 tahun gagal - Polis
Suspek berusia 30 tahun yang tidak bekerja itu ditahan orang awam dan bapa mangsa di tepi jalan sebelum diserahkan kepada polis.
Polis lepaskan lima das tembakan selepas dirempuh
Polis terpaksa melepaskan lima das tembakan bagi menyelamatkan diri selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh pemandu kereta malam tadi.
Polis Kuantan tubuh pasukan pemantau SOP
Penubuhan pasukan itu dibuat susulan Pahang telah beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara dan kebenaran aktiviti rentas negeri.
Tragedi EIMARace: Kertas siasatan ke Jabatan Peguam Negara minggu depan
Polis Kuantan telah merakamkan percakapan isteri mangsa Siti Suhaiza Seman pada tiga hari lepas, manakala keterangan pihak terlibat EIMARace 2016 diambil pada peringkat awal siasatan.