KUALA NERUS: Polis Terengganu hari ini menafikan satu berita yang tular di media sosial baru-baru ini yang mendakwa kononnya ratusan motor 'hilang' semasa berlangsung program RXZ Members 4.0 2022 di sini Sabtu lepas.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata pihaknya hanya menerima dua laporan berhubung kehilangan motosikal pada hari berkenaan, sama sekali jauh berbeza dengan jumlah yang ditularkan oleh warga net.
"Cuma dua buah sahaja motosikal yang (dilaporkan) hilang dan ada satu kemalangan maut melibatkan peserta program RXZ Members yang dalam perjalanan dari Selangor ke Kuala Terengganu.
"Jangan cepat percaya dengan media sosial kerana boleh pening kita dibuatnya," katanya selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin.
Pada majlis itu seramai 668 orang penerima termasuk anggota, pegawai dan pesara polis dari negeri ini dianugerahkan pingat tersebut sebagai penghargaan di atas jasa bakti serta pengorbanan mereka kepada negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022
Polis hanya menerima dua laporan berhubung kehilangan motosikal pada program RXZ Members 4.0 2022 Sabtu lepas. - Gambar fail/ Bernama
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Gempur: Masalah lambakan kereta usang membelenggu penduduk
Lambakan kereta tersadai di kawasan flat Sri Pantai menyebabkan penduduk berdepan masalah kekurangan parkir. Ada yang sudah berbulan malah ada yang bertahun tersadai sehingga menyebabkan kesesakan di kawasan parkir. Walaupun beberapa kali pihak berkuasa menunda kenderaan, tetapi masalah ini terus berulang.
Ramai serbu Jalan TAR tapi belum cukup meriah
Saban tahun, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) meriah tatkala menghampiri Hari Raya Aidilfitri namun tahun ini, selepas lebih dua minggu Ramadan, suasananya masih belum cukup meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Kerajaan digesa buat semakan undang-undang atasi 'lanun digital'
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu mereka bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tambahan 300 kaunter fizikal seluruh negara
DOSM menambah 300 kaunter PADU secara fizikal di seluruh negara.
[INFOGRAFIK] Sistem e-Dereg
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan Sistem e-Dereg. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Dialog Tiga Penjuru: Dah Daftar PADU?
Apa cara nak yakinkan dan beri jaminan kepada orang ramai berkaitan pendaftaran PADU adalah selamat daripada ancaman serangan siber?
Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi memperkukuh kawalan keselamatan data peribadi, mencukupi?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi memperkukuh kawalan keselamatan data peribadi, mencukupi?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Polis nafi ratusan motosikal RXZ hilang
Polis Terengganu berita yang tular di media sosial mendakwa kononnya ratusan motor 'hilang' semasa berlangsung program RXZ Members 4.0.