Polis rakam keterangan Clare Rewcastle-Brown

Bernama
November 23, 2018 10:42 MYT
Rewcastle-Brown berkata beliau dijangka akan memberi keterangan sekali lagi kepada polis, dan beliau akan memberikan kerjasama penuh. - Gambar fail
Polis hari ini merakam keterangan daripada wartawan penyiasatan Clare Rewcastle-Brown berhubung satu saman yang difail Sultanah Terengganu, Sultanan Nur Zahirah.
Keterangannya diambil di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.
Pengasas dan editor Sarawak Report itu memberitahu pemberita bahawa sesi yang bermula trengah hari itu berlangsung selama tiga jam.
"Saya disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menfitnah, di samping Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Rewcastle-Brown berkata beliau dijangka akan memberi keterangan sekali lagi kepada polis, dan beliau akan memberikan kerjasama penuh.
Sultanah Nur Zahirah menfail saman itu pada 21 Nov terhadap Rewcastle-Brown dan dua lagi kerana dikatakan menfitnahnya dalam satu buku yang berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad.
-- BERNAMA
#1Malaysia Development Berhad #1MDB #Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 #Clare Rewcastle-Brown #editor Sarawak Report #Kanun Keseksaan #Sarawak Report #Sultanah Terengganu #Sultanan Nur Zahirah #wartawan