Sebanyak 9,208.81 gram pelbagai jenis dadah dan 450 liter pelbagai jenis cecair dadah dirampas manakala 504 individu ditahan dalam serbuan pusat hiburan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Jun lepas.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata daripada jumlah itu, 5,135.57 gram pelbagai jenis dadah dan 450 liter pelbagai jenis cecair dadah telah dirampas dan seramai 160 orang ditahan di ibu negara di bawah pelbagai seksyen kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau berkata PDRM mengambil maklum terhadap pendedahan oleh Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia mengenai senarai 15 pusat hiburan didakwa menjadi pusat pengedaran dadah di ibu negara.
"PDRM sentiasa mengambil tindakan terhadap aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di seluruh negara dan sebanyak 194 serbuan telah dijalankan di seluruh negara. Bagi mencegah kegiatan maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah menjalankan Op Noda di lokasi yang disasarkan seperti rumah urut, hotel serta pusat hiburan.
"Dalam operasi tersebut, sebanyak 995 serbuan telah dijalankan untuk tempoh Januari hingga April lepas dengan tangkapan seramai 2,948 orang terbabit dalam kegiatan pelacuran dan pusat hiburan di seluruh negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bagi Kontinjen Kuala Lumpur sahaja sebanyak 420 serbuan telah dijalankan dengan tangkapan seramai 1,115 orang bagi tempoh berkenaan.
"Selain itu, 55 serbuan juga telah dibuat melalui Op Bersepadu bersama lain-lain jabatan PDRM dengan tangkapan seramai 177 orang dalam tempoh sama, melibatkan serbuan ke atas premis hiburan di seluruh negara," katanya.
Beliau berkata dalam membanteras kegiatan haram ini, PDRM sentiasa menjalankan risikan dan pemantauan ke atas laman sosial atau aplikasi yang dikesan mengiklankan kegiatan persundalan.
Oleh itu, Noorsiah berkata pihaknya juga mendapat kerjasama pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia untuk memantau laman sesawang internet bagi menyekat kegiatan sedemikian.
Katanya, PDRM terbuka untuk menerima sebarang maklumat kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah serta mengalu-alukan kerjasama dari mana-mana pihak untuk menyalurkan maklumat melalui Hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di talian 012-2087222.
"Bagi maklumat berkaitan kegiatan maksiat, boleh disalurkan melalui e-mel Bahagian D7 JSJ di alamat [email protected]," katanya.
Khamis lepas, Bernama melaporkan Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) mendedahkan sebanyak 15 pusat hiburan di sekitar ibu kota dikesan menjalankan aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah dipercayai didalangi oleh pemilik premis berkenaan dan sindiket dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 26 2022
PDRM sentiasa menjalankan risikan dan pemantauan ke atas laman sosial atau aplikasi yang dikesan mengiklankan kegiatan persundalan. - Gambar hiasan
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
'Sheriff' karya paling jujur, janjikan kelainan sisi polis - Yusof Haslam
Yusof Haslam berkata keterbukaan PDRM dengan memberikan 'lampu hijau' dalam pembikinan filem arahan Shafiq Yusof itu telah melancarkan penghasilannya.
Kemalangan jalan raya: Malaysia aman damai tapi rekod 6,000 kematian dalam setahun
Angka kematian itu sangat besar memandangkan Malaysia sebuah negara aman dan damai, tidak terlibat dalam konflik peperangan.
Rogol bawah umur meningkat, bermula daripada 'grooming' - PDRM
Kes jenayah rogol membabitkan gadis bawah umur menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun lepas.
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Ara Damansara, Petaling Jaya, sejak Sabtu lalu.
Aidilfitri: Op Selamat 22 tumpu kurangkan kemalangan
Op Selamat 22 bermula 8 hingga 13 April memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan kadar kemalangan ke tahap paling minimum, serta memastikan aliran trafik lancar sepanjang musim perayaan Aidilfitri.
Polis rampas 1,145 kasut guna logo mirip kalimah Allah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 1,145 pasang kasut bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah.
Op Selamat 22 sempena Aidilfitri pada 8 hingga 13 April - KPN
PDRM akan melaksanakan Op Selamat 22 sempena Aidilfitri pada 8 hingga 13 April ini dengan tema Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi.
PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 20 pegawai kanannya berkuat kuasa 6 Mei ini.
Aktiviti 'swinger': Tiga suspek berjaya diberkas PDRM
Tiga suspek yang aktif lakukan aktiviti 'swinger' dalam talian berjaya diberkas atas kerjasama MCMC dan PDRM