SHAH ALAM: Polis berjaya menahan dua pengedar dadah dan merampas syabu dianggarkan bernilai RM10.89 juta yang ditemui dalam sebuah pacuan empat roda menerusi satu serbuan di sebuah premis di Kampung Baru Ampang, Ampang, 20 Jun lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, salah seorang suspek berkenaan dipercayai berperanan sebagai pemandu pacuan empat roda jenis Hilux tersebut manakala rakannya bertindak sebagai tonto.
"Sekitar jam 5.20 petang, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berjaya menangkap seorang lelaki tempatan berumur 23 tahun di sebuah premis di sekitar Kampung Baru Ampang dan merampas 349 bungkusan kuning mengandungi bahan disyaki methamphetamin seberat 363 kilogram (kg).
"Lanjutan daripada tangkapan tersebut polis berjaya menahan seorang lagi lelaki tempatan berusia 51 tahun di lokasi berhampiran dipercayai berperanan sebagai pemerhati," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, pada Isnin.
Arjunaidi berkata, sindiket berkenaan dipercayai aktif mengedar dadah yang diperoleh dari negara jiran untuk pasaran di sekitar Lembah Klang dan kawasan sekitar sejak dua bulan lalu.
"Kita jalankan risikan dalam satu bulan dan dipercayai dadah ini dari negara jiran dan ketika serbuan suspek dalam proses untuk agih," katanya.
Beliau berkata, pihak polis dalam proses mengesan dalang sindiket dan aset-aset milik kumpulan terbabit untuk tindakan sitaan.
"Setakat ini kita masih di peringkat awal proses sitaan aset dan telah merampas lebih RM100,000 dam masih lagi mengesan harta-harta yang mereka miliki.
"Polis telah menyita sebuah kereta Hyundai Sonata dan Proton Exora serta wang tunai berjumlah RM1,373," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, semakan rekod lampau mendapati suspek kedua mempunyai tiga rekod jenayah lampau manakala ujian urin mendapati kedua-duanya negatif dadah.
Katanya, kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula 21 hingga 27 Ogos lalu dan telah disambung selama enam hari bermula Ahad hingga 2 September.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 jika sabit kesalahan akan dijatuhi hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebaran tidak kurang daripada 15 kali," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 29 2022
Arjunaidi (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Baru Ampang, Ampang, 20 Jun lalu. - Foto Sinar Harian
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Op Tapis Khas 2: 5,041 ditahan, dadah bernilai lebih RM324,000 dirampas - Polis
Tangkapan dilakukan di 3,727 lokasi antaranya kawasan Felda, Felcra, projek Perumahan rakyat dan perkampungan nelayan.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek yang memandu Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar anggota Unit Kereta Peronda Polis.
Reman enam suspek terlibat sindiket dadah disambung tujuh hari
Sambung reman terhadap keenam-enam suspek berumur 40 dan 74 tahun itu bermula Selasa hingga 4 Mac ini.
Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.
AS catat 109,000 kes kematian akibat ambil dadah berlebihan pada 2022 - CDC
Hampir 70 peratus daripada jumlah itu melibatkan opioid sintetik selain metadon dan fentanyl yang dikeluarkan secara haram.