KUALA LUMPUR : Penganjur Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri direman selama tiga hari selepas 'menghidangkan' hadirin dengan tarian separuh bogel oleh beberapa penari lelaki yang menyerupai wanita.

Suspek yang juga pengusaha komestik dan dikenali sebagai 'Cik Lala', 27, itu ditahan reman mulai 29 Mei. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian itu berlaku pada 27 Mei lalu di Central Walk I-City, Shah Alam sekitar jam 8 hingga 11.30 malam.

Menurut Mohd Iqbal, penganjur turut dipercayai telah membakar bunga api sehingga menjejaskan beberapa unit kediaman lain.

Laporan polis yang dibuat berikutan pengadu yang bimbang imej I-City sebagai kawasan hab pelancongan bakal terjejas dengan aktiviti berkenaan.

Rumah Terbuka | Tarian separuh bogel, polis reman penganjur majlis


Hasil siasatan mendapati, penganjur telah menyewa lokasi tersebut dengan bayaran sebanyak RM4,000 bagi penganjuran majlis terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan Letupan.

Siasatan juga turut dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia.