Polis sahkan gelang merah jambu dari taman tema bukan PUS

Agensi
Ogos 5, 2020 11:33 MYT
Gambar wanita yang menjadi tular di laman sosial. -Gambar media sosial
Polis mengesahkan gelang merah jambu yang dipakai seorang wanita di sebuah restoran di Fair Park di sini, sebenarnya dari sebuah taman tema.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata wanita itu bukan individu di bawah pengawasan (PUS) seperti yang disangkakan sesetengah pihak.
"Ia cuma salah faham, wanita itu tidak memakai gelang PUS seperti yang ditularkan," katanya seperti dilaporkan Bernama di sini pada Selasa.
Jelas A Asmadi, siasatan mendapati gelang berwarna merah jambu itu sebenarnya dari sebuah taman tema di bandar raya ini.
BACA: Selepas 'mak cik gelang pink', satu lagi kes didakwa dikesan di Ipoh
BACA: Pemilik restoran buat laporan polis dakwa gelang merah jambu dari taman tema
Terdahulu, satu laporan polis dibuat oleh pemilik sebuah restoran yang dikaitkan dengan penularan gambar wanita berkenaan.
Dalam laporan polis itu, pemilik kedai berkenaan menafikan penularan berita tersebut kerana pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati gelang terbabit dari sebuah taman tema.
#CCTV #COVID-19 #Gelang merah jambu #Ipoh #Ketua Polis Daerah #polis #restoran #siasatan #Sosial Media #Tular #wanita #WhatsApp