GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menyelamatkan dua beradik masing-masing berusia tiga dan lima tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera ibu dan nenek saudaranya hari ini.
Kanak-kanak tersebut diselamatkan sepasukan polis yang melakukan serbuan di rumah flat di Air Itam, Pulau Pinang pada jam 11.15 pagi tadi.
Susulan itu, dua wanita tempatan berusia 28 dan 52 tahun itu masing-masing ibu dan nenek saudara kepada kanak-kanak berkenaan ditahan polis bagi membantu siasatan kes terbabit.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, polis menerima laporan polis daripada seorang lelaki tempatan yang melihat satu hantaran di Facebook (FB) yang menunjukkan foto dua kanak-kanak sedang makan di restoran dengan kesan kecederaan di muka.
Lelaki itu yang mengesyaki kanak-kanak itu menjadi mangsa dera, telah tampil membuat laporan di Balai Polis Air Itam.
"Bertindak atas maklumat, serbuan dilakukan pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sebuah rumah flat di kawasan Air Itam pada jam 11.15 pagi tadi.
"Dalam serbuan itu, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan perempuan berusia lima tahun diselamatkan manakala dua wanita terbabit ditahan," katanya hari ini.
Pemeriksaan awal pada tubuh mangsa menemukan kesan luka dan lebam di bahagian muka serta badan disyaki akibat penderaan.
Soffian berkata, kedua-dua kanak-kanak itu dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu, Soffian meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Timur Laut di talian 04-2181822 atau tampil ke balai polis berhampiran.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri May 27 2022
Polis menerima laporan polis daripada seorang lelaki tempatan yang melihat satu hantaran di Facebook (FB) yang menunjukkan foto dua kanak-kanak sedang makan di restoran dengan kesan kecederaan di muka. - Foto ihsan pembaca
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Masyarakat antarabangsa zahir simpati
Kebanyakan portal media antarabangsa melaporkan kejadian itu dengan terperinci.
Polis selamatkan dua beradik disyaki mangsa dera, tahan ibu dan nenek saudara
Polis Pulau Pinang menyelamatkan dua beradik masing-masing berusia tiga dan lima tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera ibu dan nenek saudaranya hari ini.