Polis menjalankan siasatan terhadap tindakan seorang lelaki menampar pengutip derma di hadapan sebuah bank dekat Kuala Kangsar berikutan viral di media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ahmad Termizi Abd Haq berkata pengadu telah membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar Jumaat lalu kira-kira 9.30 malam, sejam selepas kejadian berlaku.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta mengugut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Dalam video berdurasi 50 saat itu, mangsa disoal siasat seorang lelaki yang tidak dikenali selepas meminta derma bagi pembukaan pondok agama dan jualan tanah wakaf.
Lelaki itu mendakwa mangsa menyamar dan menipu orang awam dengan menggunakan nama pihak berkuasa tempatan sebelum bertindak menampar mangsa sehingga mengakibatkan gigi depannya patah.
Netizen di media sosial mengkritik tindakan lelaki itu, namun ada juga yang menyokong kerana aktiviti mengutip derma menggunakan nama agama kini berleluasa dan harus didedahkan supaya dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 03 2016
Dalam video itu, mangsa disoal siasat seorang lelaki yang tidak dikenali selepas meminta derma bagi pembukaan pondok agama dan jualan tanah wakaf. - Gambar sumber Facebook
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Polis siasat kes pengutip derma ditampar di Kuala Kangsar
Polis menjalankan siasatan terhadap tindakan seorang lelaki menampar pengutip derma di hadapan sebuah bank dekat Kuala Kangsar berikutan viral di media sosial baru-baru ini.