KUALA KANGSAR: Satu siasatan lanjut sedang dijalankan polis terhadap perkongsian seorang lelaki menerusi Facebook Live di sebuah kedai di Sayong Lembah di sini yang mendakwa bakal berlaku perhimpunan ulama dan kemunculan Imam Mahdi.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan awal mendapati, siaran langsung berdurasi 8 minit 56 saat itu dilakukan ketika individu berkenaan mengunjungi sebuah kedai yang menjual pelbagai senjata antaranya pedang dan keris.
"Saya telah mengarahkan ketua jabatan siasatan jenayah negeri dan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar untuk jalankan siasatan. Benda ini (video) memang dibuat di Sayong Lembah, Kuala Kangsar.
"Polis akan dapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini," katanya ketika ditemui dalam Program High Profile Policing (HPP) Solat Jumaat Polis Perak bersama penduduk Lubuk Merbau di Masjid Jamek Al-Marbawi di sini pada Jumaat.
Ditanya kemungkinan perkongsian video itu ada kaitan dengan ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) Sittah Annur, Mior Faridalathrash berkata, perkara itu masih dalam siasatan.
"Biar kita siasat dulu, nanti kita akan kongsikan (butiran siasatan).
"Siasatan perkara berkaitan tular menggunakan rangkaian tidak wajar ini biasanya akan dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Sejak Khamis tular di media sosial video seorang lelaki menunjukkan koleksi pedang dan keris yang dijual di sebuah kedai di Sayong Lembah, Kuala Kangsar.
Dalam rakaman itu, individu terbabit memberitahu bakal berlaku sebuah perhimpunan dihadiri hampir 300 ulama untuk menyaksikan kebangkitan khalifah ALLAH iaitu Imam Mahdi.
Dia turut meminta agar orang ramai mempersiapkan diri dengan busur panah dan pedang bagi menyahut seruan jihad daripada Imam Mahdi.
"Sesiapa yang belum ada busur dan pedang, silalah dapatkan sekarang.
"Kalau tak ada busur panah, ikhtiarlah untuk miliki pedang, RM265 sahaja siap pos," kongsinya merujuk kepada pedang yang dijual di premis itu.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 21 2022
Tangkap layar video Facebook Live yang dibuat individu berkenaan ketika mengunjungi sebuah kedai di Sayong Lembah, Kuala Kangsar. -Foto Sinar Harian
Perlu isyhtihar jika bawa lebih S$20,000
: Semua pengembara yang memasuki atau meninggalkan Singapura membawa mata wang fizikal dan instrumen boleh niaga (CBNI) dengan nilai lebih 20 Ribu Dolar Singapura atau bersamaan dalam mata wang asing.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
G7 tekad, untuk redakan perang di Asia Barat, Ukraine-Rusia
Isu peperangan di Ukraine dan Asia Barat mendominasi mesyuarat Menteri Luar Kumpulan G7,terdiri daripada Amerika Syarikat, Itali, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Lari fokus, abai kesihatan antara masalah utama jemaah
Beberapa masalah jemaah haji Malaysia, antaranya terlalu tumpukan kepada ibadat sunat dan abai soal kesihatan dikumpul hasil pemerhatian bekas petugas Tabung Haji (TH) sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat. Namun, semua masalah ditangani secara bijak oleh petugas TH yang menggalas tanggungjawab.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek
Peguam keluarga mangsa meminta warga Singapura itu yang tidak dinamakan di hantar ke penjara dahulu sebelum perbicaraan.
Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini sehingga 5 Mei
TH anjur Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini di Masjid WIlayah Persekutuan sehingga 5 Mei ini, di mana ia merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus sebelum ini.
White House enggan komen serangan Israel ke atas Iran
Jurucakapnya White House berkata Amerika Syarikat tidak mahu komen tentang perkara itu kerana dari awal lagi mereka tidak ingin terlibat secara langsung atas perang antara Iran dan Israel, atas kerisauan peningkatan suhu konflik di Asia Barat.
Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
[Kronologi] perang Iran - Israel
[Kronologi] perang Iran - Israel
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
Polis kenal pasti pemilik video dakwa kemunculan Imam Mahdi
Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan masih diteruskan meskipun video berkenaan sudah padam oleh pemilik akaun Facebook terbabit.
Polis siasat video tular dakwa ulama bakal berhimpun, kemunculan Imam Mahdi
Siaran langsung berdurasi 8 minit 56 saat itu dilakukan ketika individu berkenaan mengunjungi sebuah kedai yang menjual pelbagai senjata antaranya pedang dan keris.