SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) hari ini mengesahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengeluarkan perintah untuk menyiasat peguam Malaysia Zaid Abd Malek, atas dakwaan menghina mahkamah.
SPF memaklumkan perkara itu dalam jawapannya kepada pertanyaan Bernama mengenai kenyataan disiarkan di Facebook Zaid pada 7 Julai 2022 berhubung "penahanannya di Lapangan Terbang Singapura oleh Pihak Berkuasa Imigresen dan soal siasat Polis Singapura dari 4 hingga 6 Julai 2022."
Perintah itu dikeluarkan 17 Mac 2020, berhubung penerbitan artikel pada 14 Feb 2020, mengenai penolakan saman difailkan rakyat Malaysia yang disabitkan bersalah mengedar dadah, A Gobi dan K Datchinamurthy, berhubung kaedah pelaksanaan hukuman yang didakwa diamalkan penjara pihak berkuasa.
Artikel itu merujuk kepada kenyataan dibuat Zaid atas kapasitinya sebagai pengarah pertubuhan bukan kerajaan, Lawyers for Liberty (LFL).
Menurut SPF, Zaid dalam beberapa kenyataannya telah menyatakan Mahkamah Singapura tidak berlaku adil dan mengabaikan proses yang sepatutnya dengan tergesa-gesa mengadakan perbicaraan dan Mahkamah Singapura "berhasrat menolak saman dan meneruskan pelaksanaan hukuman".
"Kenyataan itu disiarkan dalam talian dan diakses orang awam di Singapura," katanya, sambil menambah Zaid berada di luar negara semasa perintah itu dikeluarkan pada 2020, dan belum ke Singapura sehingga ketibaannya pada Isnin (4 Julai 2022) .
Zaid menyatakan beliau tiba di Lapangan Terbang Seletar pada 12.15 tengah hari bagi membantu dan memberikan nasihat undang-undang kepada keluarga banduan Kalwant Singh, yang dihukum mati pada Khamis.
Bagaimanapun, beliau tidak diberikan pelepasan imigresen seperti biasa dan sebaliknya diberitahu untuk menunggu sehingga dua pegawai tiba empat jam kemudian di lapangan terbang itu yang menyampaikan arahan kepada Zaid untuk menghadiri soal siasat Polis berkaitan dengan siasatan di bawah Akta Pentadbiran Keadilan (Perlindungan) 2016 (AOJPA).
Menurut SPF, Zaid memaklumkan kepada mereka beliau bersedia untuk disoal siasat pada 6 Julai 2022 dan pegawai kemudiannya menetapkan soal siasat dengannya di Kompleks Kantonmen Polis.
"Selepas itu, Zaid dibenar meninggalkan lapangan terbang," menurut SPF.
Zaid menghadiri soal siasat di Kompleks Kantonmen Polis pada tarikh ditetapkan untuk membantu siasatan berkaitan kesalahan AOJPA.
Sebelum soal siasat bermula dari 10.17 pagi hingga kira-kira 12.05 tengah hari, Zaid dimaklumkan beliau boleh meminta rehat pada bila-bila masa tetapi tidak berbuat demikian sepanjang sesi itu.
Polis maklum bahawa Zaid meninggalkan kompleks berkenaan sejurus selepas selesai memberi keterangan.
Selepas selesai soal siasat pada hari yang sama, menurut SPF dalam rundingan dengan AGC, ia mengeluarkan amaran bersyarat 24 bulan kepada Zaid dan LFL sebagai ganti pendakwaan bagi kesalahan menghina mahkamah di bawah Seksyen 3(1)(a) AOJPA pada 6 Julai 2022, sebelum berlepas pulang pada hari berikutnya.
"Zaid menerima kedua-dua amaran yang diberikan kepadanya dan LFL atas kapasitinya sebagai Pengarah LFL.
"Zaid tiba di Kompleks Kantonmen Polis untuk menerima amaran itu pada 6 Julai 2022 kira-kira 8.48 malam dan meninggalkan bangunan itu kira-kira 9.20 malam," kata SPF.
Di bawah Seksyen 11 AOJPA, penerbitan berhubung penghinaan mahkamah, jika disiarkan melalui Internet atau media elektronik lain, dianggap diterbitkan di Singapura jika ia diakses oleh orang awam di Singapura.
Zaid dalam kenyataannya berkata beliau "ditahan dan disiasat berhubung kenyataan yang dikeluarkan di Malaysia, dan bukan di Singapura."
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 09 2022
Di bawah Seksyen 11 AOJPA, penerbitan berhubung penghinaan mahkamah, jika disiarkan melalui Internet atau media elektronik lain, dianggap diterbitkan di Singapura jika ia diakses oleh orang awam di Singapura. - Gambar hiasan
Nahas helikopter Lumut: Jenazah semua mangsa selamat tiba di HRPB, Ipoh
Jenazah mangsa dibawa ke hospital menggunakan van jenazah dengan diiringi empat motosikal dan lima kenderaan PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Nahas helikopter Lumut: 2 Pegawai Memerintah Skuadron, ini senarai mangsa terkorban
Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) wanita dan dua Pegawai Memerintah Skuadron antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut.
Bursa Singapura: Perubahan peraturan bantu pelabur panggil mesyuarat khas
Peraturan baharu itu boleh menjadi langkah positif dalam usaha memperbaik tadbir urus korporat.
Airasia Consulting teruskan libat urus bagi nyahlabur Srilankan Airlines
AirAsia Consulting berhasrat untuk meneruskan libat urus dengan pihak International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat memberi nasihat kepada kerajaan Sri Lanka berhubung usaha nyahlabur dalam SriLankan Airlines Ltd.
Harga minyak: Peningkatan harga beri kesan positif dan negatif - SERC
Terdapat kebimbangan mengenai "kesan pesanan kedua" bekalan minyak yang dijangka menyebabkan kenaikan harga tenaga dan seterusnya inflasi. Ini akan melemahkan perbelanjaan pengguna dan permintaan pelaburan.
Victoria Beckham sifatkan reunion Spice Girls hadiah terbaik sambut usia ke-50
Victoria Beckham Sifatkan Reunion Spice Girls Hadiah Terbaik Sambut Usia 50
Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium untuk graduan dalam bidang itu secara optimum.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
Pasaran buruh: Produktiviti tenaga kerja masih perlu dipertingkat
Kadar pengangguran telah menurun kepada paras sebelum wabak Covid-19 sebanyak 3.3 peratus pada suku keempat 2023, namun, kadar pengangguran berasaskan kemahiran berada pada 37.4 peratus dalam tempoh yang sama.
Kewangan: Golongan Millenial, Gen Z Malaysia teraju perbankan Islam
Malaysia juga mempunyai kadar tertinggi pengguna yang hanya menggunakan perbankan Islam (42 peratus), berbanding hanya lebih suku (26 peratus) daripada responden global.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lawrence Wong ikrar berikan segalanya untuk Singapura
Lawrence Wong berikrar memberikan segalanya untuk berkhidmat kepada negara ini dan rakyatnya apabila beliau secara rasmi akan melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri Keempat pada 15 Mei ini.
Bapa hilang ditemukan di Singapura 4 tahun lepas meninggal dunia di Kelantan
Ali Jais meninggal dunia di Hospital Pasir Puteh, Kelantan, kira-kira jam 4 petang Isnin.
Bidaan projek pembelian bekalan elektrik hijau ke Singapura dibuka
PETRA memaklumkan proses bidaan itu dilaksanakan menerusi platform Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).
Singapura zahirkan kebimbangan terhadap pergolakan di Asia Barat
MFA menasihatkan rakyat Singapura untuk menangguhkan semua perjalanan ke Iran berikutan keadaan keselamatan terkini.
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Joseph Schooling bersara dari sukan renang
Schooling mengucapkan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan penyokongnya atas dorongan mereka sepanjang kariernya.
Yusri belum nampak skuad 'bayangan' Perak FC
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama dalam siasatan jambatan runtuh di AS
Ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Selasa.
RTS pacu ekonomi dan pasaran hartanah Johor
Johor menyaksikan metamorfosis, daripada negeri yang mempunyai hartanah tidak terjual tertinggi kepada kedudukan yang lebih menguntungkan.