KUALA LUMPUR: Polis menahan 11 lagi saksi bagi membantu siasatan kes majlis rumah terbuka Aidilfitri melibatkan sekumpulan lelaki berperwatakan wanita yang menari separuh bogel.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata enam daripada mereka direman termasuk seorang telah dibebaskan dengan jaminan kerana perlu menjalani pembedahan manakala lima lagi terdiri daripada pengunjung majlis itu.
Beliau berkata pihaknya sedang mengesan dua lagi suspek dalam kes itu.
"Setakat ini, kami telah menahan pihak yang menganjur dan telah mengenal pasti penari yang terlibat dalam tarian separuh bogel itu.
"Polis juga telah mengenal pasti motif penganjuran majlis itu yang bertujuan menarik perhatian orang ramai," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Perlawanan Akhir Kejohanan Hoki Piala Ketua Polis Selangor Tahun 2022 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini.
BACA: Polis reman penganjur rumah terbuka Aidilfitri, saji 'tarian separuh bogel'
Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan sekumpulan lelaki berperwatakan wanita yang menari separuh bogel dan membakar bunga api dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri di sebuah unit di I-City pada 27 Mei lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 03 2022
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata enam daripada mereka direman termasuk seorang telah dibebaskan dengan jaminan kerana perlu menjalani pembedahan manakala lima lagi terdiri daripada pengunjung majlis itu. - Gambar fail/BERNAMA
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Polis tahan 11 lagi saksi majlis Aidifiltri libatkan tarian separuh bogel
Polis menahan 11 lagi saksi bagi membantu siasatan kes majlis rumah terbuka Aidilfitri melibatkan sekumpulan lelaki berperwatakan wanita yang menari separuh bogel.
Tarian separuh bogel: Beberapa tangkapan lagi akan dilakukan - KP Selangor
Turut ditahan, penganjur yang merupakan seorang pesohor Instagram dikenali sebagai 'Cik Lala.'
Polis kenal pasti dalang muat naik video wanita menari separuh bogel atas tong di Pulau Perhentian
Polis Terengganu telah mengenalpasti individu yang memuat naik video pesta separuh bogel di sebuah pulau peranginan baru-baru ini.