SEREMBAN: Polis menahan seorang majikan kerana disyaki mendera pekerjanya yang merupakan lelaki warga India di sebuah premis perniagaan di Jalan Dato Pathmanaban, Port Dickson semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata suspek lelaki berusia 39 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (D3) Bukit Aman dan dibantu pasukan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson pada kira-kira 7 malam.
Beliau berkata siasatan awal mendapati pekerja berusia 27 tahun itu mendakwa tidak dibayar gaji sepanjang tempoh setahun enam bulan bekerja di premis tersebut selain dipukul dan pasportnya dipegang oleh majikan.
"Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa juga mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian telinga, luka di jari dan pergelangan tangan," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Aidi Sham berkata pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menjumpai pasport milik mangsa dan polis merampas beberapa barangan termasuk telefon bimbit, rotan kayu serta tali pinggang yang disyaki digunakan untuk memukul mangsa.
Beliau berkata suspek ditahan reman selama lima hari bermula hari ini manakala mangsa dibenarkan mendapat perintah perlindungan sementara selama 21 hari dan akan ditempatkan di Rumah Perlindungan di Melaka.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda, jika sabit kesalahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 10 2021
Suspek ditahan reman selama lima hari bermula hari ini manakala mangsa dibenarkan mendapat perintah perlindungan sementara selama 21 hari. - Gambar hiasan
Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini sehingga 5 Mei
TH anjur Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini di Masjid WIlayah Persekutuan sehingga 5 Mei ini, di mana ia merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus sebelum ini.
White House enggan komen serangan Israel ke atas Iran
Jurucakapnya White House berkata Amerika Syarikat tidak mahu komen tentang perkara itu kerana dari awal lagi mereka tidak ingin terlibat secara langsung atas perang antara Iran dan Israel, atas kerisauan peningkatan suhu konflik di Asia Barat.
Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
[Kronologi] perang Iran - Israel
[Kronologi] perang Iran - Israel
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
SKMM rakam percakapan Che'gubard, Salim, Papagomo esok
SKMM mengesahkan memanggil pempengaruh media sosial Chegubard, Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan pada Rabu.
Suspek kes tembak di KLIA dibawa ke Selangor hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, akan dibawa pulang ke Selangor pada Selasa.
Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan - Bukit Aman
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Polis tidak 'pilih bulu' siasatan kes 3R
Mohd Shuhaily menasihatkan semua pihak agar menghentikan sentimen isu tersebut.
Polis rampas 51 kg dadah RM2.57 juta, tahan dua ‘transporter’
Polis merampas dadah jenis methamphetamine seberat 51.5 kilogram dianggarkan bernilai RM2.57 juta dalam serbuan di kawasan Kuala Kangsar, pada Sabtu.
Premis urut tawar khidmat ranjang wanita warga asing diserbu
Serbuan Op Noda Mega dilancar Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Serdang dan Gombak di Selangor serta Sentul, Kuala Lumpur, semalam.
Polis perlu patuh BMI ditetapkan untuk naik pangkat
Pematuhan terhadap standard jisim indeks tubuh (BMI) yang ditetapkan merupakan antara syarat wajib untuk kenaikan pangkat bagi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Suhaily kenang jasa Paramalingam, hoki bentuk disiplinnya
Disiplin yang dibentuk ketika berada di dalam pasukan hoki Selangor dahulu, menjadikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, sebagai seorang yang lebih tegas dan bertanggungjawab.
179,865 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah tahun lepas - Bukit Aman
Sebanyak 179,865 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah sepanjang 2023.