KUALA LUMPUR: Polis menemui sepucuk pistol beserta 13 butir peluru hidup selepas membuat pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan jenis Toyota Estima milik seorang penjenayah yang ditembak mati di Taman Salak Selatan pada minggu lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, senjata pistol jenis Smith & Wesson terbabit dijumpai dalam beg kitar semula di bawah tempat duduk pemandu.
"Pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan jenis Toyota Estima yang dipercayai digunakan oleh si mati sebelum kejadian tembak menembak, kita menjumpai satu beg kitar semula di bawah tempat duduk pemandu yang mengandungi senjata api itu," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Azmi menambah, berdasarkan maklumat risikan, polis percaya senjata api tersebut adalah milik si mati.
Ketika ini katanya, polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan saki-baki ahli kumpulan yang dipercayai masih lagi bebas.
"Justeru saya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung pemilikan senjata api dalam siasatan kes ini supaya tampil menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhamporan dengan segera," ujarnya.
Sebelum ini, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur menambak mati seorang penjenayah yang disyaki mendalangi kejadian samun membabitkan kerugian lebih RM600,000 pada tahun lalu, dalam serbuan di sebuah unit kondominium di Taman Salak Selatan di sini.
Ketika serbuan dijalankan, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan polis dan bagi melindungi nyawa pegawai dan anggota, pihak polis melepaskan tembakan balas.
Pemeriksaan lanjut di tempat serbuan menemui sepucuk pistol separa automatik jenis CZ 75 Compact berwarna hitam yang digunakan suspek mengandungi lima butir peluru di kelopak dan sebutir peluru pada silinder peluru serta sebutir bom tangan.
Umavathi Ramayah
Fri Jun 24 2022
Azmi Abu Kassim menambah, berdasarkan maklumat risikan, polis percaya senjata api tersebut adalah milik penjenayah yang ditembak mati. - Gambar IPK Kuala Lumpur
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Suspek kes tembak di KLIA disambung reman di Kota Bharu
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek akan disambung reman bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan.
Polis kenal pasti seorang suspek tembak anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak
Polis mengenal pasti seorang daripada tiga suspek dipercayai terlibat dalam kes tembak dua anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak semalam.
Houthi dakwa tembak dron pengintip tentera AS di Laut Merah
Houthi dakwa, dron milik Amerika Syarikat MQ-9 telah ditembak jatuh berhampiran bandar pelabuhan Laut Merah, Hodeidah pada Isnin.
Pendakwa raya siasat serangan di stesen TV ditemui mati
Cesar Suarez ditemui mati dengan kesan tembakan di Guayaquil, wilayah Guayas pada Rabu.
Polis tubuh pasukan khas siasat, buru dua suspek kes tembak di Sibu
Polis sedang memburu dua suspek yang melepaskan tembakan dalam sebuah kedai kopi di Jalan Wong King Huo di Sibu semalam.
Askar rejim Zionis tembak mati 2 penduduk di Tebing Barat
Seorang warga Palestin maut akibat ditembak tentera Israel di barat Ramallah di Tebing Barat pada Isnin malam.
Tentera Israel tembak sesiapa sahaja yang keluar dari Hospital Al-Shifa - Doktor
Tentera Israel sikatakan melepaskan tembakan ke arah sesiapa sahaja yang mahu keluar dari Hospital Al-Shifa di Gaza.
Lelaki ditahan disyaki tembak anjing liar guna senapang patah
Seorang lelaki ditahan disyaki menembak anjing liar menggunakan senapang patah di Pantai, dekat Seremban semalam.
Mangsa tembak ada rekod dadah, jenayah
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa berusia 38 tahun itu merupakan seorang peniaga.
Bertengkar kerana anjing, lelaki lepas tembakan ragut 2 nyawa
Dua maut, manakala enam lagi cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai di luar rumahnya ekoran pertengkaran yang dipercayai berpunca daripada isu anjing peliharaan.