Polis tidak pernah menyekat kebebasan bersuara rakyat termasuk untuk mengadakan perhimpunan tetapi ia harus mengikut undang-undang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata untuk mengadakan perhimpunan, berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2012 penganjur perlu memohon lokasi yang sesuai untuk berhimpun dan setelah diberi kebenaran mereka boleh bersuara untuk menyatakan hak mereka.
"Ini yang saya mahu agar penganjur memohon mendapatkan tempat yang sesuai, polis akan memastikan keselamatan orang ramai yang menyertai perhimpunan tidak diganggu gugat.
Cuma ingin saya ingatkan agar berhati-hati dalam menyatakan hak kita untuk bersuara, jangan sampai melanggar mana-mana peraturan dan undang undang," katanya kepada pemberita selepas satu majlis sempena peringatan hari polis ke-208 di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai 'Himpunan Derita Rakyat' yang akan diadakan bagi membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) anjuran Dewan Ulama PAS di Padang Merbuk esok.
Perhimpunan terbabit mendapat kelulusan dan polis membenarkan pihak penganjur untuk mengadakan perhimpunan seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
Sementara itu, Khalid berkata pihaknya masih menunggu laporan analisis kotak hitam berhubung tragedi helikopter terhempas di Semenyih.
"Pegawai saya masih berada di London dan menunggu laporan analisis itu siap," katanya.
Dalam kejadian pada 4 April lalu kira-kira 4.55 petang, sebuah helikopter Dauphin AS3655N2 terhempas dan terbakar di sebuah kebun getah di Kampung Sungai Pening, Jalan Sungai Lalang, Semenyih, Selangor.
Nahas itu mengorbankan enam orang termasuk Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengesan dan mengenal pasti puak ekstremis yang mungkin berkhidmat dalam tentera, selain agensi kerajaan yang lain.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tangkapan dua anggota tentera daripada 17 orang yang disyaki militan pada Ahad lalu.
Bernama
Fri Apr 10 2015
KHALID: Polis tidak pernah menyekat kebebasan bersuara rakyat termasuk untuk mengadakan perhimpunan tetapi ia harus mengikut undang-undang. -Gambar fail
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Polis tidak terima permohonan berhimpun daripada Bersih atau mana-mana pihak - KP KL
Sebarang perhimpunan tanpa pemberitahuan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Penganjur Himpunan Selamatkan Rakyat tidak boleh acah-acah jadi mangsa - Saifuddin Nasution
Penganjur perlu memaklumkan kepada polis untuk mengadakan perhimpunan namun penganjur gagal melakukan perkara itu.
Polis boleh guna budi bicara pendekkan tempoh pemakluman perhimpunan - Saifuddin
Polis boleh pertimbangkan untuk menggunakan budi bicara bagi membenarkan penganjuran perhimpunan aman dalam tempoh 48 jam.
Ada ibu bapa yang bawa bayi, kanak-kanak ke Himpunan 812
Perbuatan itu jelas melanggar syarat perhimpunan mengikut Seksyen 4 (2)(f) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Polis tidak halang perhimpunan ICERD, cuma pantau - Muhyiddin
Menurut Menteri Dalam Negeri, polis hanya akan memantau perhimpunan tersebut bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Bersih: Polis siap sedia kawal perhimpunan depan Parlimen - KPN
Polis juga mengesahkan tidak mengeluarkan sebarang permit dan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan itu esok.
Nik Nazmi dibebaskan sekali lagi atas dakwaan yang sama
Hakim Yasmin Abdul Razak memutuskan Nik Nazmi telahpun dibebaskan dari pertuduhan sama oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Nik Nazmi didakwa, perbicaraan seterusnya 4 Jun
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia untuk PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad telah didakwa di Mahkamah Sesyen pagi ini.
28 wakil PR didapati melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012
Seramai 28 dari 33 wakil politik PR yang berucap dalam 'Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat' didapati melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.
Polis tidak ikut Akta Perhimpunan Aman -- Suhakam
Suhakam mengumumkan hasil siasatan awam ke atas pelanggaran hak asasi manusia semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April tahun lalu.