Politik keganasan tidak menjanjikan keharmonian dalam masyarakat malah meletakkan negara di ambang kemushanan.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, politik pelampau atau keganasan yang dirancang bukan budaya rakyat negara ini dan sewajarnya dihindari.
"Banyak negara-negara terutama di rantau Arab yang menyaksikan keruntuhan akibat politik keganasan termasuk rusuhan di jalanan.
"Ini semua pengajaran dalam politik moden, keganasan atau tindakan pelampau untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan secara tidak sah hanya akan memberi kesan buruk kepada negara berkenaan.
"Akibatnya, rakyat menjadi mangsa kezaliman politik manakala struktur ekonomi dan sosial akan turut runtuh," tegasnya dalam catatan terbaru di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Syed Ali mendakwa, tuntutan pelampau politik dengan menganjurkan perhimpunan benar-benar tidak jelas maskudnya selain berselindung di sebalik tirai demokrasi dan kebebasan bersuara.
"Sebenarnya, rakyat tidak tahu dan keliru apa sebenarnya yang mereka mahu menerusi perhimpunan tersebut.
"Kaedah memilih kerajaan secara demokrasi hanya boleh dilakukan menerusi sistem Pilihan Raya Umum (PRU).
"Cukup tempoh, rakyat akan memberi undi tanpa sebarang tekanan, maka pihak yang mahu mengambil alih pentadbiran negara sewajarnya membuktikan mereka lebih berkemampuan daripada parti pemerintah sedia ada.
"Tetapi, tindakan mereka menganjurkan perhimpunan haram memberi erti bahawa kumpulan pelampau ini tidak menghormati hak rakyat dan sistem demokrasi di negara ini," ujarnya.
Sehubungan itu, Syed Ali mengingatkan seluruh pemimpin politik supaya tidak terjebak dengan politik keganasan untuk mengambil kuasa secara jalan pintas.
"Saya kesal kerana pelampau politik menggunakan kaedah merusuh atau berhimpun di jalanan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing sehingga mengetepikan aspek perundangan dan keselamatan.
"Sejak kebelakangan ini, ada kumpulan seperti tidak mempedulikan aspek keselamatan dan seolah-olah cuba bertindak mengatasi kuasa polis.
"Pihak keselamatan termasuk anggota polis katanya, mempunyai peranan dan tanggungjawab menjaga ketenteraman awam dan peranan serta kuasa itu sewajarnya dihormati oleh semua pihak," tegasnya.
Justeru katanya, pihak polis diminta tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kumpulan yang cuba mencetuskan kacau bilau tanpa mengira sama ada dari kalangan penyokong kerajaan atau pihak pembangkang.
"Jangan ada pilih kasih, mana yang melanggar atau mencabar undang-undang perlu dihukum setimpal dengan perbuatan mereka," ujarnya.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menarik perhatian bahawa politik keganasan tidak sesuai dengan susun atur budaya kaum di negara ini.
"Kita mempunyai komposisi kaum yang pelbagai dan telah membentuk sebuah negara yang merdeka berasaskan kepada persefahaman dan kesepakatan.
"Komposisi kaum yang menjadi batu asas kepada pembentukan Malaysia merdeka menjadikan negara ini aman dan dihormati negara luar," katanya
Bagaimanapun ujarnya, kestabilan dan kemananan yang dirangka oleh UMNO yang kemudianntya membentuk gagasan Barsian Nasional (BN) telah dicemburui banyak pihak.
"Oleh sebab itu, untuk merosakkan kestabilan tersebut pihak berkepentingan berusaha untuk memecahkan perpaduan rakyat dengan memainkan sentimen kaum dan agama," tegasnya.
Wan Syamsul Amly
Tue Nov 15 2016
Politik keganasan tidak menjanjikan keharmonian dalam masyarakat malah meletakkan negara di ambang kemushanan.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.
BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.