KUALA LUMPUR: Portfolio Tugas-Tugas Khas di bawah Jabatan Perdana Menteri dan kementerian-kementerian berkaitan alam sekitar memerlukan wajah baharu yang lebih cekap dan berkepakaran.
Menurut Pengerusi Bersama Undi18, Tharma Pillai, sekalipun sukar untuk menukar menteri bertanggungjawab, kepimpinan agensi kementerian terbabit perlu diganti atau ditambah baik dengan mereka yang benar-benar mampu menyelesaikan masalah.
“Paling penting adalah mereka ‘subject matter expert’, pakar dalam bidang berkaitan banjir, alam sekitar dan sebagainya,” katanya.
Pada masa sama, tegas Tharma, usaha mengatasi banjir dan menguruskan alam sekitar dengan baik tidak boleh hanya diletakkan pada bahu Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) semata-mata.
Ini kerana segalanya saling berkaitan antara satu sama lain dan setiap pihak perlu bersama dalam menjayakan matlamat tersebut.
“Isu alam sekitar ada juga tanggungjawab di kerajaan negeri, kerana air tanah dan sumber asli banyak bawah kuasa kerajaan negeri.
“Keduanya, saya rasa di peringkat Perdana Menteri atau Kabinet, kita juga perlu mencari bagaimana untuk memberikan pulangan dana kepada kerajaan negeri supaya mereka tidak terdesak atau tidak perlu untuk menjual hasil tanah, hasil balak, untuk memberikan lesen balak secara keterlaluan, untuk mereka mendana cukup pendapatan untuk pentadbiran negeri,” katanya.
Tonton temu bual penuh bersama Tharma dalam program Agenda AWANI dihoskan Nazri Kahar, di sini:
Israr Khalid
Wed Jan 05 2022
Usaha mengatasi banjir dan menguruskan alam sekitar dengan baik tidak boleh hanya diletakkan pada bahu Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) semata-mata. - Foto BERNAMA
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Mengenang sumbangan dan jasa Joseph Kurup
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah, Dr Romzi Ationg berkongsi pandangan dan memperingati sumbangan dan jasa mendiang Joseph Kurup.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
TikTok mulakan ujian untuk aplikasi perkongsian gambar dan teks
TikTok Notes akan memudahkan perkongsian perkembangan harian dengan lebih mudah dan kreatif menggunakannya.
Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, Bank Dunia di Washington
Amir Hamzah mengetuai delegasi Malaysia ke Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Kumpulan Bank Dunia.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
Perlu ada MoU sebagai pengikat, panduan hala tuju kerajaan - UNDI18
Ia untuk memastikan wujud komunikasi yang baik serta penyampaian maklumat yang jelas kepada rakyat tentang hala tuju kerajaan.
'Pelihara Parlimen sebagai platform martabatkan demokrasi, kebenaran'
Terdapat mekanisme yang membolehkan platform Parlimen dimanfaatkan bagi membawa kebenaran dan menjawab semua persoalan.
PRU15: Undi18 harap Pelan Antirasuah Nasional dilaksanakan
Pastikan SPRM dan SPR melakukan penguatkuasaan lebih baik terhadap isu permainan politik wang semasa pilihan raya.
Undi18 harap pemilihan Exco muka baharu, muda jadi ikutan negeri lain
Tharma Pillai berharap pemilihan orang muda dan muka baharu sebagai exco kerajaan negeri di Johor akan menjadi ikutan negeri-negeri lain mahupun di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Undi18: PRN Johor bakal jadi penanda aras negeri lain - Tharma Pillai
Situasi berkenaan disifatkan sebagai dinamik baharu dalam politik, melalui penglibatan lebih ramai anak muda.
Wakil rakyat patutnya utamakan usaha gubal polisi elak musibah berlaku - Tharma Pillai
Tidak mengetepikan tanggungjawab memastikan kebajikan rakyat terjaga, tugas utama wakil rakyat seharusnya merangka dan menggerakkan dasar-dasar yang mensejahterakan.
Portfolio tugas-tugas khas, alam sekitar perlu muka baharu yang berkepakaran - Tharma Pillai
Sekalipun menteri tidak ditukar, sekurang-kurangnya kepimpinan agensi-agensi penting perlu diletakkan individu yang lebih cekap dan mahir dalam bidang.
Penjawat awam, media dan rakyat perlu main peranan untuk bina semula negara
Ketiga-tiga institusi ini boleh menjadi ejen semak dan imbang kepada ahli-ahli politik dan kerajaan.
Suara anak muda bukan lagi retorik tapi realiti - Pengasas Undi 18
Tharma berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat menempatkan anak muda di posisi penting khususnya di dalam Kabinet agar suara muda tidak terpinggir.
Perlu sistem 'safeguard' elak manipulasi politik, persempadanan tidak adil - Pengasas Undi18
Tanpa mengira kerajaan mana yang memerintah, satu sistem safeguard perlu dilaksanakan bagi mengelakkan manipulasi persempadanan.