KUALA LUMPUR: Perkhidmatan penghantaran antarabangsa Pos Malaysia Bhd merangkumi Mel Udara Antarabangsa, Paket Kecil Antarabangsa, Flexipack International, Bungkusan Udara Antarabangsa dan Perkhidmatan Mel Ekspres akan dibuka semula ke 89 negara berkuat kuasa hari ini.

Menerusi notisnya kepada pelanggan, penyedia perkhidmatan pos itu berkata, secara keseluruhan, ia telah beroperasi semula ke 145 negara sehingga kini.

"Berhubung dengan sahabat dan keluarga tersayang serta kembangkan perniagaan anda ke luar negara.

"Kirimkan surat, dokumen perniagaan dan bungkusan dan nikmati perkhidmatan yang terbaik daripada kami untuk anda," katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.pos.com.my.

-- BERNAMA