Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan menghadapi langkah mencabar apabila menyatakan hasrat untuk melebarkan pengaruh parti itu ke Sarawak.
Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak, Prof Madya Jeniri Amir berkata, ia terbukti selepas situasi yang berlaku kepada Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah) di negeri itu sendiri.
Jelasnya, paling penting hasrat PPBM itu menimbulkan kegusaran kepada parti-parti di dalam komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).
"Kita tidak pasti apakah agenda di sebalik langkah PPBM itu untuk melangkah masuk ke Sarawak ketika GPS sudah mengumumkan bahawa ia akan mesra Pakatan Harapan (PH). Langkah yang mungkin diambil itu sudah pasti akan memberi kesan terhadap pengaruh parti-parti komponen GPS di Sarawak, terutamanya, saya percaya bagi PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu), PRS (Parti Rakyat Sarawak) dan beberapa parti bumiputera yang lain.
"Saya tidak percaya bahawa parti berkenaan akan masuk ke kawasan Cina dan juga kemungkinan besar mereka bukan hanya menyusup masuk ke dalam kawasan Melayu Melanau atau Islam tetapi juga kemungkinan besar akan turut menerobosi kawasan bukan Melayu dan bukan Islam.
"Maksudnya mereka akan masuk ke dalam kawasan Dayak di Sarawak, kerana bagi memastikan ia memperoleh pengaruh dan kesan di peringkat akar umbi dan untuk mendapat kemenangan dalam kerusi-kerusi dalam pilihanraya akan datang," katanya ketika dihubungi hari ini.
BACA: PPBM pertimbang masuk Sarawak - Tun Mahathir
BACA: PPBM lebarkan pengaruh ke Sarawak: GPS tiada halangan
Pada Isnin, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata parti itu merancang untuk ke Sarawak kerana terdapat permintaan dan parti lain dalam gabungan PH juga sudah pun bertapak di sana.
Begitupun, PPBM tidak akan ke Sabah memandangkan kerajaan negeri semasa ditadbir oleh Parti Warisan Sabah (Warisan) adalah parti sahabat yang menyokong PH.
Sementara itu, Penganalisis politik Universiti Malaya, Prof Dr Awang Azman Awang Pawi, menegaskan kemasukan PPBM adalah seiring DAP, PKR dan Amanah yang sudah bertapak di Sarawak.
Jelasnya, dari segi politik, PPBM tidak mahu ketinggalan sekali gus mempengaruhi pembahagian kerusi PH sendiri pada pilihan raya akan datang.
Selain itu katanya, ia langkah berhati-hati PPBM sendiri terhadap GPS di Sarawak.
"Walaupun kerajaan negeri sudah beri sokongan untuk bagi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan tetapi ia belum menjamin GPS menyokong PH yang baru ini untuk selama-lamanya.
"Ini kerana sokongan yang diberikan kepada kerajaan PH ini lebih kepada sokongan politik terdesak. Apabila BN tewas di Putrajaya dan kini menjadi parti pembangkang, dan kita lihat tidak sampai dua bulan lalu semua komponen GPS menyokong BN berikrar susah senang bersama, berdiri teguh di belakang kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kini dengan mudah pula menukar kulit parti.
"Mereka keluar dari BN dan menubuhkan GPS. Apabila ini berlaku, PH lebih berhati-hati dengan gabungan tersebut," ujarnya.
Sebelum ini, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Tun Openg, berkata GPS tidak mempunyai sebarang halangan terhadap hasrat PPBM untuk melebarkan pengaruh parti itu ke negeri itu.
Jelas Abang Johari, pihaknya bersikap terbuka terhadap isu ini memandangkan banyak parti lain daripada PH telah mempunyai cawangan di negeri ini.
Wan Syamsul Amly
Tue Jun 26 2018
Menurut Prof Jeniri, hasrat PPBM itu menimbulkan kegusaran kepada parti-parti di dalam komponen Gabungan Parti Sarawak. - Astro AWANI
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.