TUMPAT: Keterujaan pelajar Tingkatan Enam Atas kembali ke sekolah dapat dilihat apabila kerajaan membenarkan semula sesi pengajaran secara bersemuka di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Ahad.
Tinjauan Sinar Harian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Bharu, di sini, mendapati rata-rata pelajar dilihat gembira sebaik sahaja dibenarkan untuk berbuat demikian.
Rata-rata pelajar yang hadir ke sekolah hari ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat dengan memakai pelitup muka, mengimbas aplikasi MySejahtera serta memeriksa suhu badan.
Seorang pelajar, Nurin Zulaikha Muhammad, 19, berkata, dia membuat persiapan untuk kembali semula ke sekolah sejak Sabtu bagi mengelakkan situasi panik pada hari pertama.
"Alhamdulillah, saya bangun seawal jam 5.30 pagi bagi mengelak lewat untuk ke sekolah pada hari pertama," katanya.
Menurutnya, saat untuk kembali semula mengikuti pengajian secara bersemuka telah lama diimpikan selepas sekolah terpaksa ditutup pada penghujung April lalu akibat peningkatan kes COVID-19.
Suasana di hadapan sebuah sekolah menengah di Tumpat kembali sibuk selepas kerajaan membenarkan semula sesi pengajaran secara bersemuka di bawah PPN pada Ahad.
Dia yang sudah melengkapkan suntikan dua dos vaksin berharap sesi persekolahan dapat diteruskan seperti biasa dengan pematuhan SOP yang ketat.
Nurin Zulaikha berkata, pembelajaran secara bersemuka membuatkan dia lebih faham berbanding secara dalam talian.
"Kalau tidak faham berkait dengan satu-satu perkara, saya boleh bertanya secara terus kepada guru-guru atau kawan-kawan," katanya.
Sementara itu, Nur Maisarah Muhamad Aidil, 19, berkata, pembukaan semula sekolah ini membolehkannya memberikan tumpuan penuh kepada persiapan untuk mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Katanya, ruang tempoh yang ada akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menimba seberapa banyak ilmu sebagai persiapan menuju STPM.
"Sebaik sahaja mendapat tahu persekolahan secara bersemuka dapat dilakukan saya menjadi lebih bersemangat untuk belajar.
"Keadaan ini lebih baik kerana saya boleh membuat rujukan secara terus kepada guru-guru," katanya.
Tinjauan Sinar Harian mendapati seawal jam 7 pagi para pelajar sudah hadir ke sekolah dan di Kelantan ia merupakan sesi persekolahan bagi pelajar Tingkatan Enam Atas serta Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 03 2021
Nurin Zulaikha (dua dari kanan) bersama rakan-rakannya hadir seawal jam 7 pagi di SMK Wakaf Bharu, Tumpat kerana sudah tidak sabar memulakan sesi pengajaran secara bersemuka. -Sinar Harian
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.